14 sebab kenapa buah delima penting dalam pemakanan harian anda

Buah delima merupakan salah satu buah yang sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya di seluruh dunia. Buah tersebut berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain.

Buah ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.

Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!

1,Menghilangkan Radikal Bebas. Delima mengandungi kadar anti oksida yang tinggi seperti hydrolysable tannis dan polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.

2. Melindungi Kesihatan Jantung. Delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Dengan ini, anda akan dapat mengurangkan masalah saluran darah dan pada masa yang sama, ia juga mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung.

3. Dengan pengambilan jus buah delima boleh mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).

Ravishingly Red Juice - A sweet-tart combination of pomegranate, beets, red cabbage and ginger that will energize and invigorate you.

Jus delima juga boleh meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko  masalah kardiovaskular (jantung).

4. Melawan Kanser. Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.

5. Bahan anti oksida akan menyebabkan perbentukan sel darah merah untuk membuang toksin dalam badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.

6. Delima juga dipercayai boleh memberikan apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.

7. Membantu Sistem Penghadaman.

Image result for membantu sistem penghadaman

Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima ke dalam satu gelas.

8. Meningkatkan Selera Makan.

Prevenga la anemia en niños. Tome nota de estos consejos.

 

Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum segelas jus delima. Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk makan.

9. Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.

10. Mengurangkan Inflamasi. Delima mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekak, batuk dan bersin.

11. Membantu Mengurangkan Berat Badan.

Image result for tali inci berat badan

Kajian menunjukkan bahawa buah delima mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak. Oleh itu, buah delima sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.

12. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah. Walaupun buah delima mengandungi fruktos, ia tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buah yang lain. Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis yang mengamalkan pemakanan buah delima setiap hari selama 2 minggu.

13. Mengawal Tekanan Darah. Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan perbentukan gumpalan darah.

14. Menghalang Perbentukan Plak. Anda mungkin tidak percaya, namun jus buah delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti mana yang dijual komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut mempunyai sifat anti plak yang tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa buah delima boleh mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan organisma) sebanyak 84%.

Untuk mendapatkan semua khasiat dan kebaikan daripada buah ini, anda digalakkan untuk meminum satu gelas jus buah delima setiap hari. Buah ini agak murah dan tidaklah terlalu mahal, kerana ia senang untuk ditanam dan sesuai dengan iklim di Malaysia.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kesihatan yang baik berpanjang, silalah masukkan buah delima dalam menu pemakanan harian anda.

Similar Posts