Cara untuk mengekalkan kelembapan bibir agar bibir lebih sihat

Bibir merupakan salah satu perkara yang menjadi kebanggaan bagi sesetengah wanita. Bibir yang sihat tentu menjadi idaman bagi wanita kerana ramai wanita sering mengeluh kerana bibirnya yang kering dan pecah-pecah. Memakai lipstik yang bertujuan supaya bibir terlihat lebih cantik kerana ramai wanita mendapati bahawa bibir mereka terlihat buruk ketika kering dan pecah-pecah dan seterusnya membuatkan mereka kurang percaya pada diri sendiri. Terdapat banyak cara untuk mengekalkan kelembapan bibir untuk mendapatkan bibir yang sihat!

1. Banyakkan minum air

Cara mengatasi bibir kering dan menggelupas dengan minum banyak air. Ini merupakan salah satu cara paling mudah untuk membuat bibir anda sentiasa lembap. Kekurangan cecair dalam badan dapat mengurangkan kelembapan bibir sehingga menyebabkan bibir menjadi kering. Oleh itu, minumlah air dalam jumlah yang cukup, minimum 8 gelas sehari.

2. Jangan menjilat bibir

The One Lip Balm You Should NEVER Use In The Winter, According To A Dermatologist | SHEfinds

Cara mengatasi bibir kering dan menggelupas adalah dengan jangan menjilat bibir. Menjilat bibir akan membuatkan bibir anda menjadi lebih kering. Oleh itu, anda mesti mengurangkan kebiasaan menjilat bibir mulai sekarang.

3. Memakai lip balm

Cara mengatasi bibir kering dan menggelupas adalah dengan memakai lip balm. Lip balm akan membuatkan bibir anda sentiasa lembap. Lip balm biasanya mengandung petroleum, beeswax, atau minyak lainnya yang akan menjadi penghalang untuk mencegah daripada bibir menjadi kering. Lip balm dapat melindungi bibir anda dari sinar matahari, angin, dan udara dingin atau kering dengan mengunci kelembapan bibir. Kandungan emolien dalam lip balm juga berfungsi untuk melembutkan bibir. Beberapa lip balm juga ditambahkan SPF, sekurang-kurangnya SPF 15, untuk melindungi bibir dari sinar matahari.

4. Lindungi bibir dari bahan kimia ketika menggunakan produk muka

Rosy lips add more beauty to the overall appearance. Everyone wish to have soft, rosy lips but it becomes a daydream. The dark lips are mainly caused due to dehydration, smoking, chemical products, anemia, pollution and unhealthy lifestyle. Lips are the most delicate and thinner part of the face. Hence, they require utmost care to maintain …

Cara mengatasi bibir kering dan mengelupas selanjutnya dengan melindungi bibir dari produk muka. Contohnya krim anti jerawat, krim anti penuaan atau masker, biasanya mengandungi bahan kimia yang ditujukan untuk membuang lapisan kulit mati atau untuk mengeringkan jerawat. Ingat, bibir mempunyai lapisan yang lebih nipis jika dibandingkan dengan lapisan kulit pada wajah. Jika bibir terkena bahan kimia ini, maka bibir akan menjadi kering. Seeloknya, oleskan petroleum jelly atau lip balm ke bibir untuk menghalang bibir daripada terkena bahan kimia tersebut.

5. Pilih lipstik yang sesuai

Matte Revolution Lipstick - Charlotte Tilbury | Bond Girl

Cara mengatasi bibir kering dan menggelupas yang lain adalah dengan memilih lipstik yang sesuai. Kandungan alkohol dalam lipstik, seperti pada lipstik jenis matte atau lipstik yang tahan lama, biasanya cenderung untuk mengurangi kelembapan bibir. Alkohol merupakan salah satu bahan penting dalam lipstik. Beberapa lipstik juga sudah mengandungi bahan tambahan yang sama seperti bahan yang terkandung dalam lip balm yang berfungsi untuk melembapkan bibir. Sebaiknya pilih lipstik jenis ini untuk tetap menjaga kelembapan bibir anda.

6. Gunakan madu sebelum tidur

Honey, Yellow, Beekeeper, Nature, Beekeeping, Apiary

Cara mengatasi bibir kering dan menggelupas dengan menggunakan madu sebelum tidur. Madu merupakan cara semulajadi untuk menghilangkan bibir kering. Sebelum tidur, sapukan madu pada bibir dan biarkan sehingga esok pagi.

7. Menjaga makanan

Fruit, Watermelon, Fruits, Heart, Blueberries

Cara mengatasi bibir kering dan menggelupas dengan menjaga makan. Betik, kacang serta makanan yang mengandungi vitamin, mineral dan asam lemak yang membuat kulit bibir lembut. Selain itu, makan banyak buah-buakan juga merupakan salah satu cara untuk membuat bibir sentiasa lembab.

Jika anda menginginkan bibir yang tak mudah kering, kurangkan makan makanan yang pedas dan masin. Kedua-dua makanan tersebut sangat berperan untuk membuat bibir menjadi cepat kering.

Kesimpulannya, tidak susah pun untuk mengekalkan kelembapan bibir, hanya dengan cara dan produk yang betul.

Similar Posts