Tiktok adalah salah satu aplikasi media sosial yang terkenal pada masa kini yang boleh memuatkan video selama 15 ke 60 saat yang boleh disi dengan muzik dan dialog. Jika sebelum ini tiktok digunakan untuk hiburan tetapi kini tiktok juga digunakan untuk mempromosikan suatu produk.
Jadi, Antara kelebihan mempromosikan produk di media sosial iaitu:
Memiliki pengguna yang ramai.
Tiktok memiliki lebih dari 4 juta pengguna yang mendaftar dan 41% daripada pengguna yang berdaftar adalah aktif. Mereka akan membuka aplikasi tiktok sebanyak 8 kali sehari. Jadi, sesuailah untuk anda mempromosikan produk dengan konten yang menarik dan hashtag yang sesuai boleh membuatkan produk yang boleh dilihat oleh pengguna tiktok.
Filter Tiktok yang mudah digunakan
Tidak semua orang memilki keterampilan mengedit video, Tiktok memudahkan penggunanya dengan menyediakan beberapa tools seperti start dan stop record, timer dan lain-lain.
Popular di kalangan remaja.
Target audiens adalah di kalangan remaja kerana pengguna tiktok banyak di kalangan remaja.
Penggunaan hashtag
Hashtag di tiktok sangat penting kerana memudahkan konten video anda lalu di laman tiktok orang lain.
Jadi, anda di sarankan untuk promosikan produk di tiktok. Jika ada rezeki anda akan dapat pelanggan. Anda tidak cuba anda tak tahu. Selamat mencuba!



