Apabila Anda menghabiskan masa seharian di pantai, perkara terakhir yang anda ingin risaukan ialah maskara anda cair atau foundation anda mengalir ke pipi anda. Syukurlah, ad acara untuk mengelakkannya dan masih kelihatan glamor sedikit. Berikut ialah 5 petua untuk solekan pantai yang cantik:

  1. Kekalkan Foundation yang ringan.

Foundation berat tidak boleh digunakan di pantai, muka anda akan kelihatan bercapuk dan seperti berlebihan. Untuk pantai, gunakan pelembap berwarna dan bonus yang bagus di sini ialah ia biasanya mengandungi SPF (anda tetap masih perlu memakai pelindung matahari biasa!). Ia juga mudah untuk digunakan; hanya sapu dengan jari anda dan gosokkannya. Kemudahanalihannya menjadikannya mudah untuk sapuan semula. Apa sahaja yang anda lakukan, jangan sapukan wajah anda dengan bedak, anda akan menyebabkannya comot dan bercapuk.

  1. Gunakan bronzer dan blush jenis krim.

Jangan sesekali menggunakan produk solekkan jenis serbuk! Tetapi jangan risau, anda tidak perlu melepaskan bronzer dan blush kesayangan anda. Sebaliknya, cuba versi krim. Untuk bronzer, anda juga boleh mencuba foundation yang empat warna lebih gelap daripada warna kulit anda. Pastikan untuk menggunakan secara ringan dan tipis pada kulit anda. Anda tidak mahu kelihatan berlebihan di pantai. Jika anda bimbang tentang minyak dan kilauan, bungkus beberapa kertas blotting untuk menyegarkan wajah anda.

  1. Pastikan eyeshadow anda kelihatan neutral.

Mengekalkan rasa ringan dan tipis, pastikan warna eyeshadow anda neutral. Gunakan eyeshadow yang berwarna tanah atau jingga mengikut kesesuaian warna kulit anda.

  1. Gunakan maskara dan celak yang kalis air.

Untuk mengelakan daripada kelihatan seperti rakun pada penghujung hari, pastikan anda memilih maskara dan celak kegemaran anda versi kalis air. Mudah!

  1. Jangan gunakan gincu

Kami tidak mengalakkan anda menggunakan gincu jenis krim, ia adalah punca uncu bibir anda berpasir. Anda disyor menggunakan pewarna bibir atau balsam berwarna. Ia tahan lebih lama dan tidak akan comot.

Sehari di pantai tidak semestinya melangkau rutin kecantikan anda. Hanya pastikan ia ringkas, ringan dan neutral, dan anda akan mempunyai rupa yang cantik dan berangin yang akan bertahan sepanjang hari semasa anda duduk bersandar dengan jari kaki anda di atas pasir.

Similar Posts