sembilan-ciri-ciri-keusahawanan-yang-perlu-ada-dalam-diri-seseorang-keusahawanan
Keusahawanan merupakan bidang strategik yang sentiasa menjadi perhatian dari sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Bagi umat Islam, keusahawanan telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun Islam sejak dari zaman Rasulullah lagi. Keusahawanan atau lebih dikenali dengan perniagaan merupakan bidang pilihan umat Islam khususnya pada awal kedatangan Islam, malah tidak terkecuali Rasulullah sendiri. Berdagang menyusuri semenanjung Tanah Arab bersama kafilah dagang Arab yang lain, Rasulullah telah membuktikan bahawa keusahawanan merupakan kerjaya strategik yang dihayati oleh umat Islam seluruhnya.
Bermula dari zaman tersebut, kegemilangan Islam terus disokong oleh golongan-golongan usahawan yang terdiri daripada para sahabat dan tabi’in. Para sahabat telah membuktikan bahawa perniagaan merupakan sumber utama dalam menggerakkan ekonomi umat Islam. Malah mereka menunjukkan bahawa mereka lebih berkaliber dalam bidang ini berbanding bangsa lain termasuk Yahudi. Perniagaan yang dijalankan pada ketika itu lebih telus dan jauh daripada masalah-masalah penipuan. Islam juga secara langsung amat menyokong dan memberikan ruang yang cukup luas bagi urusan jual beli dan perniagaan ini.

Berikut merupakan ciri-ciri dan contoh usahawan:

1. Rangkaian (Networked):

Seorang usahawan yang berjaya pada abad ke-21 pada masa kini perlu mempunyai maklumat terkini supaya perniagaannya tidak ketinggalan dengan pesaing-pesaing mereka. Bagi seseorang usahawan yang berjaya dalam perniagaannya, mereka mestilah mempunyai strategi dan ilmu pengetahuan dalam menggunakan rangkaian untuk mengembangkan perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan perlu mempunyai rangkaian dalaman dan luaran bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan untuk perniagaan yang diusahakannya. Usahawan yang memperoleh maklumat daripada rangkaian dalaman mahupun luaran akan dapat menghasilkan pelbagai idea yang kreatif dan mampu untuk memasarkan produk dengan cara yang baru serta menghasilkan produk yang lebih baik. Hal ini akan menyebabkan perniagaan mereka sentiasa berada di tahap yang memuaskan hati para pelanggan.

Usahawan yang boleh dirujuk dalam ciri rangkaian ini ialah Datuk Lim Kang Hoo yang merupakan jutawan firma pembinaan, hartanah dan pelaburan. Beliau merupakan jutawan terkaya yang berjaya mencatat kedudukannya yang ke-18 di seluruh dunia. Datuk Lim telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan untuk membantu perniagaan keluarganya setelah beliau menamatkan sekolah menengahnya. Beberapa tahun sebelum beliau dikenali, tiada seorang pun yang mahu memberikan pinjaman kepadanya walaupun seringgit dan ramai orang telah memandang rendah kepadanya apabila beliau berhasrat untuk menjadikan Bandaraya Johor Bahru pada masa itu sebagai sebuah bandar yang indah seperti Hong Kong.

Bermula dari situlah, Datuk Lim mengalami krisis kewangan Asia apabila beliau mengambil alih hutang Agensi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor ketika itu yang merupakan rakan kongsi beliau dalam Iskandar Water Front Holding. Sebelum itu juga, beliau turut bekerjasama dengan Encik Khoo Nang Seng @ Khoo Nam Seng untuk membentuk diri dalam bidang kejuruteraan awam dan perkongsian pembinaan yang berkembang menjadi Ekovest Berhad pada masa kini. Pengalaman beliau yang luas dalam industri pembinaan telah memainkan peranan penting kepada pertumbuhan dan pembangunan Kumpulan Ekovest Berhad. Tambahan pula, Iskandar Water Front Sdn Bhd juga turut terlibat dalam pembangunan hartanah. Syarikat itu yang berpangkalan di Johor Bahru, Iskandar merupakan anak syarikat kepercayaan Resources Sdn Bhd. Di samping itu, beliau mempunyai pelbagai rancangan dan strategi untuk menaik taraf projek yang dijalankan dengan anggaran RM 200 juta yang akan menjadikan wilayah Iskandar sebagai Bandaraya yang maju.

Usaha yang dilakukan di antara Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib bersama Datuk Lim untuk memajukan semula kawasan perbandaran ini adalah selari dengan pendekatan pembangunan koridor oleh kerajaan Persekutuan bagi memberi nafas baru kepada bandar lama dengan gaya kehidupan moden. Pada ketika itu juga, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; isterinya, Prof. Datin Dr. Jamilah Ariffin, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Ismail Ibrahim dan Pengarah Urusan IWH, Datuk Lim Kang Hoo turut hadir dalam majlis tersebut. Sultan Ibrahim juga berkenan untuk melancarkan Pusat Maklumat Iskandar Malaysia dan Yayasan Danga sebagai tanda kemeriahan sambutan ulang tahun Danga Bay.

Konklusinya, Datuk Lim Kang Hoo merupakan usahawan yang mempunyai rangkaian yang luas dalam bidang perniagaannya. Ini dapat dilihat melalui usaha beliau dalam menjadikan wilayah Iskandar sebagai bandaraya yang maju. Beliau juga turut disokong oleh pelbagai pihak yang mempunyai rangkaian yang luas dalam mencapai matlamat dan hasrat beliau.

2. Berani Mengambil Risiko (Open Risk Taker):

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), risiko bermaksud ,“kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian seorang sahaja yang menanggung perniagaan”. Selain itu, terdapat beberapa jenis risiko seperti risiko yang mendatangkan kecederaan fizikal, risiko kerugian kewangan, dan risiko kehilangan sesuatu yang berharga seperti kesihatan, status sosial serta emosi. Di sini dapat digambarkan bahawa keberanian untuk mengambil risiko perlu ada di dalam diri seseorang usahawan kerana jika usahawan tidak mempunyai sikap ini, risiko tidak dapat ditangani dalam perniagaan yang dikendalikan. Secara teori, semakin tinggi sesuatu risiko itu, semakin besar pulangan yang diperolehi. Usahawan perlu mengkaji dan membuat penilaian terhadap risiko yang bakal dihadapi kerana ia juga akan memberikan peluang untuk mendapatkan hasil yang memuaskan pada masa akan datang. Kebiasaanya, kebanyakan perniagaan yang sedang berkembang maju ini akan menggalakkan di kalangan pihak pengurusan mereka untuk membantu dan menyokong proses kreatif bersama ahli-ahli lain bagi meringankan tekanan terhadap risiko perniagaan yang ditanggung.

Bill Gates adalah salah satu contoh usahawan yang sanggup berani mengambil risiko. Nama sebenar Bill Gates ialah Bill Gates William Henry Gates III. Pada 28 Oktober 1955, beliau telah dilahirkan di Seattle, Washington. Beliau mempunyai latar keluarga yang kaya dalam politik, perniagaan dan khidmat masyarakat. Datuk beliau adalah penggubal undang-undang negeri dan Datuk Bandar manakala datuknya merupakan naib presiden bank negara dan bapanya adalah seorang peguam terkemuka. Bill Gates merupakan seorang yang sangat rajin sejak peringkat kanak-kanak, beliau telah membaca keseluruhan “World Book Encyclopedia”. Pada peringkat berumur 11 tahun, beliau menunjukkan kecerdasan luar biasa. Pada tahun 1973, Bill Gates memasuki Universiti Harvard, beliau tinggal dengan Steve Ballmer (kini pengerusi Microsoft). Pada masa itu, beliau membangunkan microcomputer pertama MITSAltair bahasa pengaturcaraan BASIC. Pada tahun 1975, beliau berhenti belajar dari Harvard, dia mula bekerjasama dengan rakannya Paul Allen dalam kajian Microsoft Corporation kerana mereka yakin bahawa computer peribadi akan menjadi alat yang sangat berharga bagi setiap keluarga dan garis panduan ini memotivasinya untuk membangunkan perisian untuk computer peribadi .

Semasa mengasas Microsoft, Bill Gates telah mengambil beberapa risiko. Salah satu risiko yang diambil oleh Bill Gates adalah dia berhenti dari belajar untuk mencipta Microsoft walaupun tugasnya dia adalah tinggal di kolej untuk menerokai ilmu dengan lebih mendalam. Selain itu, Bill Gates juga mengambil risiko apabila memulakan perniagaannya kepada wawasan, dia percaya satu hari nanti wawasan computer peribadi akan menjadi alat yang berguna untuk setiap keluarga dan pejabat. Apabila Bill Gates ditanya mengenai ini, beliau cenderung untuk mengatakan bahawa dia tidak mengambil risiko kerana dia mempunyai wang yang mencukupi bagi dia untuk teruskan kehidupannya jika perniagaannya gagal.

Akhir sekali, walaupun Bill Gates mengambil risiko untuk menolak diri dari pembelajaran tetapi usaha dan kerja keras beliau tidak tersia-sia kerana beliau meneruskan kerjaya dalam perisian dan kini dia telah menjadi jutawan dengan menjangka keperluan pasaran.

3. Taat (Observant):

Taat bermaksud patuh atau dengan erti kata lain tidak membantah sebarang arahan atau peraturan. Sikap taat di dalam diri seorang usahawan perlu ada agar mereka tidak melanggar etika atau peraturan perniagaan seperti menggunakan sistem riba, membocorkan maklumat syarikat kepada pihak luar atau musuh. Seterusnya, usahawan tersebut juga perlulah sangat jujur dengan pelanggan ataupun pembekal. Misalnya, mereka memberitahu mengenai kelebihan dan kelemahan produk yang dijual tanpa menyembunyikan apa-apa.

Contoh usahawan yang mempunyai sikap taat di dalam dirinya ialah Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad dimana beliau ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara Malaysia. Beliau yang merupakan pemilik syarikat pemborong beras syarikat Faiza Sdn Bhd. Beliau merupakan seorang wanita yang mempunyai semangat waja. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan sejak kecil lagi. Pengalamannya sejak dari kecil telah mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.

Setelah beliau berjaya menjadi pemborong beras, sikapnya yang taat masih terdapat di dalam dirinya. Buktinya, beliau telah memohon lesen pemborong beras terlebih dahulu sebelum menjual pelbagai jenis beras termasuklah beras ponni, basmathi, beras wangi serta beras siam. Meski pun perniagaan beliau telah berjaya tetapi beliau tetap jujur daalam menguruskan hal-hal perniagaannya dengan pembeli. Perniagaannya tetap mementingkan kualiti produk yang tinggi dan juga memastikan ianya halal. Hal ini telah membuktikan bahawa Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad seorang usahawan yang taat.

4. Berwawasan (Visionary):

Wawasan sangat penting dalam diri seorang usahawan yang berjaya. Ini kerana wawasan merupakan elemen atau ciri penting bagi usahawan tersebut untuk terus mencapai matlamat sesebuah organisasi atau syarikat yang di pimpinnya. Wawasan bermaksud mempunyai pandangan yang jauh terhadap sesuatu perkara seperti kemajuan atau perkembangan pada masa depan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Ini akan dapat menjamin kedudukan syarikat yang berada di bawah pimpinannya supaya dapat beroperasi dengan lancar dan cemerlang. Justeru, jika seorang (CEO) syarikat tersebut mampu bertindak sejajar dengan visi dan misi sesebuah organisasi atau syarikatnya, maka CEO tersebut akan mampu dan berjaya menangani segala masalah dan cabaran yang dihadapinya dengan bijak.

Seorang tokoh usahawan yang berjaya iaitu Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang merupakan pengasas bagi syarikat Boon Siew Sdn. Bhd, beliau merupakan seorang tokoh yang mempunyai wawasan yang tinggi. Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang juga dikenali sebagai ‘Mr. Honda’ merupakan seorang jutawan di negeri Pulau Pinang. Beliau dilahirkan di Hui An, daerah Fujian, China. Pada zaman kanak-kanak, beliau hanya mengumpul najis haiwan untuk dijual sebagai hasil pendapatan tambahan kepada keluarganya. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak datang dari keluarga yang kaya raya, malah kejayaan beliau hari ini merupakan hasil dari titik peluh beliau sendiri. Pada tahun 1958, beliau berkesempatan untuk melawat negara Jepun dan di situlah tercetusnya idea beliau untuk membawa masuk produk motosikal Honda ke Malaysia.

Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew dikatakan seorang yang berwawasan tinggi kerana beliau merupakan usahawan Malaysia pertama yang berjaya membawa masuk produk berjenama Honda ke Malaysia. Produk Honda tersebut dibawa masuk melalui kilang pertamanya, Boon Siew Assembly Plant yang bertapak di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Pulau Pinang. Pada tahun 1969, kos pemasangan dan jualan dapat dijimatkan apabila ianya dipasang di Malaysia yang mana sebelum ini di pasang di negara Jepun. Sikap yang berwawasan ini telah mendorong dan memberi semangat kepada Tan Sri Loh Boon Siew untuk terus menceburi diri dalam bidang pemotoran ini. Justeru, beliau juga telah menjadi penggerak utama bagi industri permotoran di Malaysia agar lebih maju dan berkembang setanding dengan negara luar.

5. Kegagalan adalah satu pilihan (Failure is an Option):

Kegagalan adalah satu pilihan membawa definisi jika seorang ingin berjaya pada masa hadapan dia hendaklah bijak dalam membuat pilihan. Walaubagaimanapun, seseorang yang berjaya dia akan menghadapi beberapa kali cabaran dan kegagalan dalam usahanya baru akan berhasil seterusnya. Jadi, sebagai seorang usahawan haruslah berusaha bersungguh-sungguh dan sangup menghadapi kegagalan supaya dia akan lebih kemahiran dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Contoh usahawan dalam kegagalan adalah satu pilihan yang dipilih ialah Colonel Harland Sanders. Dia adalah seorang pelajar gred enam, tentera, tender, bomba, jurujual insurans dan calon politik. Dan itu adalah sebelum beliau menjadi tukang masak yang paling terkenal di dunia selepas mencapai “usia persaraan. “Ceritanya mula pada tahun 1930, selepas beliau bersara pada tahun 65, beliau beroperasi di sebuah stesen perkhidmatan di Corbin, Kentucky, beliau memasak untuk pejalan yang berhenti menikmati makanan. Lauk yang disediakannya amat disukai oleh pelangan terutamanya ayam goreng yang ciptanya sendiri. Maka, ini amat datang hasil kepadanya.

Selepas beberapa tahun, atas sebab lencongan lebuhraya yang tidak dijangka oleh Colonel mengakibatkan perniagaan beliau semakin merosot dan akhirnya terpaksa berhenti operasi. Beliau membuat keputusan untuk menjual formula eksklusif ayam gorengnya kepada peniaga lain untuk mendapatkan pulangan yang sederhana. Dalam proses jualan, tiada orang ingin membeli hasilnya namun mereka ketawa atas sikap dia. Tetapi beliau seorang yang tidak mudah untuk berputus asa, walaupun usahanya tidak dibalas beliau masih mengembara seluruh dunia untuk menerokai lebih pengalaman. Setelah beliau ditolak sebanyak 1009 kali, akhirnya, resipi yang diciptanya dibeli dan francaisnya tersebar di seluruh dunia, ceritanya pun dimuatkan dalam Sejarah Commercial.

Kesimpulannya, seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaannya bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap perjalanan pasti ada cabaran dan dugaan yang harus mereka hadapi. Walaupun perjalanan itu sukar dan berliku, mereka haruslah berusaha dan tidak berputus asa untuk bangun semula supaya apa yang telah dilakukan itu tidak menjadi sia-sia dan membuang masa. Justeru, jika mereka bersabar dan meneruskan perjuangan mereka, maka tidak mustahil impian mereka akan tercapai.

6. Budaya terbuka (Open Culture):

Budaya terbuka dalam konteks keusahawanan ialah seorang usahawan atau pengasas sesuatu produk yang dapat bersikap terbuka atau mempunyai tingkah laku yang baik terhadap para pekerja dan juga pelanggannya. Sikap terbuka yang dimaksudkan adalah dengan memberi dan menerima segala cadangan dan aduan dengan fikiran yang positif agar dapat memperbaiki kekurangan yang ada dalam syarikat tersebut. Hal ini akan dapat merangsang peningkatan jualan apabila sesuatu produk yang dihasilkan di tambah baik fungsi penggunaannya dan sesuai dengan perkembangan zaman yang moden. Justeru, sebagai ketua atau pengurus syarikat tersebut, contoh yang baik perlu ditonjolkan kepada para pekerja agar mereka dapat bekerja dalam keadaan yang cekap dan efisien di samping menjadi teladan yang baik.

Seorang usahawan berjaya yang bernama Tuan Hj. Khazali Yahya, pengusaha perabot yang hanya bercita-cita pada mulanya telah menjadi kenyataan. Beliau berasal daripada keluarga yang serba kekurangan dan terpaksa berhenti sekolah beberapa kali akibat kesusahan yang ditanggung oleh keluarganya. Setelah tamat tingkatan tiga, beliau menerima pelawaan untuk bekerja bersama kenalan bapanya dari Alor Setar yang bernama Pak Omar. Beliau mula mempelajari selok-belok pembuatan perabot bersama Pak Omar selama dua tahun sahaja sebelum bertukar pekerjaannya ke sebuah kilang di Guar Cempedak selama 10 tahun. Apabila beliau telah mendapat pengalaman dan ilmu tentang pembuatan perabot, beliau membuka sebuah bengkel perabot sendiri dengan nama Khazali Perabot.

Sikap budaya terbuka Tuan Hj. Khazali Yahya dalam perniagaannya dapat dilihat apabila beliau menerima bantuan daripada agensi kerajaan untuk mengembangkan lagi perniagaan perabotnya. Beliau tidak pernah putus asa dan telah menggunakan khidmat nasihat yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk membuat promosi serta sebagai bantuan kewangan kepadanya. Beliau berhasrat untuk menjadikan kesemua pekerjanya sebagai usahawan, sama sepertinya. Ini menunjukkan bahawa beliau sanggup memulakan perniagaan hanya dengan berbekalkan modal yang kecil dan kini telah berjaya mengembangkan perniagaan perabotnya. “saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh MTIB. Tanpa pertolongan mereka, saya tidak mampu untuk sampai ke peringkat yang lebih tinggi”, katanya.

Menurut satu sumber, Khazali Perabot mempunyai kelebihannya yang tersendiri dimana kesemua perabot yang ada di situ dibuat dengan kreativiti masing-masing dan yang paling penting mestilah mengikut peredaran zaman. Perabot yang dihasilkan juga adalah berdasarkan tempahan pelanggan dan ada kalanya pelanggan tersebut akan datang sendiri ke syarikatnya untuk membincangkan tentang rekaan yang diminati sebelum bertanyakan harga perabot tersebut. Jelaslah bahawa harga bukan pengukur bagi sesuatu produk yang dihasilkan tetapi sentuhan halus daripada pembuatnya yang menyebabkan para pelanggan sanggup untuk membayarnya.

7. Hasil berorientasi (Outcome Oriented):

Menetapkan matlamat yang besar, namun ia boleh menjadi pengalaman yang mengecewakan jika usahawan tidak mencapai matlamat akhir sehingga jangkaan mereka telah menetapkan untuk diri sendiri. Anjakan dalam perspektif adalah semua yang diperlukan untuk melihat segala-galanya dalam cahaya yang baru. Kadang-kadang menetapkan matlamat yang lebih kecil yang memberi tumpuan kepada “proses” adalah pertaruhan yang lebih baik daripada memberi tumpuan kepada matlamat yang membawa kepada “hasil”. Usahawan mempunyai cara yang tersendiri dalam menghasilkan barangan mereka dengan baik agar mendapatkan pengguna mendapat kepuasan mereka dalam penggunaan barangan tersebut.

Contoh usahawan wanita yang berjaya dalam menarik perhatian pengguna terhadap produk dan barangan yang di hasilkan iaitu Rozita Ibrahim. Beliau merupakan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor. Beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya menghasilkan produknya Sendayu Tinggi yang berasal daripada Saneh dayo (nama sejenis pokok mengikut suku kaum ulu Pahang) yang bermakna Seni Dayung Tinggi di bawah cita sehinggakan terkenal di persada dunia. Beliau merupakan seorang penoreh getah sebelum menjadi usahawan produk tersebut. Ketabahan yang ada pada wanita ini telah berjaya dalam penghasilan produk kecantikkan. Kekuatan dan yakin ganjaran dengan kejayaan meningkatkan dirinya menjadi usahawan yang dihormati dan di segani. Justeru, nama Rozita Ibrahim tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat masa kini.

Sebelum itu, beliau menceburi bidang perniagaan secara kecil–kecilan seperti menjual rokok ketek, akhbar, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal. Beliau tidak menghiraukan apa sekalipun pandangan orang di sekelilingnya yang sering memandang serong terhadap pekerjaan yang beliau lakukan dan sanggup menerima kutukkan dan cacian daripada orang di lain. Dalam fikiran beliau, apa yang paling utama ialah diri dan anak–anaknya. Puan Rozita kuat berpegang pada prinsipnya, “Sesiapa  yang malas berusaha dan membuang masa adalah orang yang bodoh lagi merugikan”. Bagi beliau,mencari rezeki yang halal adalah sesuatu yang perlu di banggakan dan tidak ada apa yang perlu dimalukan.

Pelbagai pekerjaan yang telah dilakukan dan berkat kesabaran beliau akhirnya berjaya mengumpulkan modal sebanyak RM 2000.00. Dengan berbekalkan wang yang ada, beliau sanggup meninggalkan anak-anaknya di kampung semata-mata ingin mengubah nasib keluarganya. Semasa penghijrahannya, beliau banyak menceburi bidang pekerjaan sehinggakan sanggup mempelajari bahasa Inggeris untuk melancarkan percakapannya yang merupakan persediaan awal baginya. Beliau juga sempat mempelajari ilmu perubatan herba melalui warga asing yang berasal dari Indonesia. Ini dapat membantu Puan Rozita meluaskan lagi pengetahuannya dalam menghasilkan produk-produk yang berkesan dan berkualiti .

Setiap usahawan mahukan yang terbaik dalam penghasilan barangan mereka dan dapat memberikan kepuasan kepada pengguna. Sama seperti wanita ini,hasrat mengubah hidup keluarga tidak pernah putus. Sehinggakan beliau dapat menghasilkan perniagaan sendiri dengan bermodalkan simpanan yang ada. Maka lahirlah nama Sendayu Tinggi yang diimpikan selama ini. Setelah 5 tahun, bersusah payah dalam mengharungi bidang perniagaan, sebagai seorang usahawan produk kecantikan atas nama yang makin dikenali, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi kini mempunyai 9 anak syarikat dibawahnya iaitu SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD, SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN BHD, SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN BHD, SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD, ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN BHD, SENDAYU TINGGI LOGISTICS (M) SDN BHD,  ST ADVERTISING AGENCY SDN BHD, ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN BHD, C MAX EXHIBITION & PROMOTION, SENDAYU TINGGI PROPERTIES & MANAGEMENT SDN BHD.

Akhirnya, beliau dapat menghasilkan barangan dan produk yang berorientasi pengalamannya dan menjadikan Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda sebagai tokoh usahawan yang menjadi teladan dalam kehidupannya untuk meneruskan perniagaan secara efektif. Oleh itu, pengalaman juga merupakan sesuatu yang penting kerana melalui pengalamanlah kita akan dapat mempelajari ilmu baru yang masih belum diterokai.

8. Pasukan Yang Berorientasi (Team Oriented):

Pasukan berorentasi bermakna sesuatu pasukan yang tidak hanya memikirkan pada diri sendiri sahaja tetapi juga memasukkan idea-idea atau pendapat orang lain dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai kecenderungan dan keseronokan untuk berkerja dalam satu pasukan. Satu pasukan juga terdiri daripada sekumpulan orang yang berkongsi matlamat yang sama untuk bekerja dan berusaha bersama-sama untuk mencapai matlamat dengan lebih berkesan. Setiap ahli dalam pasukan mempunyai faktor penyumbang dalam operasi dan keputusan yang melibatkan perniagaan atau usaha dan tidak mempunyai siapa yang lebih unggul dalam perniagaan serta hak samatara tanpa ada sebarang penindasan antara sama satu lain. Antara ciri-ciri dalam pasukan berorentasi ialah keinginan untuk mencapai kesepakatan dan melibatkan orang lain dalam membuat keputusan, berkomunikasi secara terbuka dan jujur, prihatin tentang ahli pasukan rakan-rakan serta bertanggungjawab terhadap masalah dan cuba memahami pandangan orang lain. Ciri-ciri ini kadang-kadang yang disenaraikan dalam sistem penarafan merit dan menjadi kriteria untuk pengiktirafan, promosi atau latihan pemulihan .

Perniagaan yang menekankan semangat kerja berpasukan dan kerjasama boleh mengambil kesempatan ke atas kekuatan individu pekerja mereka. Apabila pasukan yang berkesan adalah di tempat, produk kolektif adalah lebih besar daripada jumlah daripada usaha individu. Terdapat beberapa taktik yang boleh memupuk orientasi pasukan, daripada pembinaan pasukan dan kepelbagaian bengkel untuk tempat bersantai, sistem merit yang mengenal pasti dan peri laku dan proses berorientasikan pasukan yang memudahkan pasukan projek. Bekerja dalam persekitaran satu pasukan yang berorientasikan boleh membantu dalam mencapai matlamat dengan lebih mudah, terutamanya apabila setiap orang dalam kumpulan itu mahu melaksanakan idea-idea yang terbaik, menunjukkan kemampuan mereka kepada kumpulan dan mempunyai kesan yang kuat ke atas projek dan syarikat secara keseluruhan. Sebagai contohnya, Jack Ma, iaitu CEO syarikat internet yang bernama Alibaba yang terkenal di seluruh dunia dan juga orang terkaya di negara China. Beliau menekankan berkerja secara berkumpulan atau berpasukan dan berkata bahawa tidak mengalu-alukan orang-orang yang berfikir bahawa mereka adalah bijak kerana mereka mungkin berfikir bahawa mereka adalah orang lain di atas. Orang-orang yang bakat sebenar mungkin tidak tahu bahawa mereka adalah bakat. Setiap orang mempunyai potensi yang amat besar dan kita perlu bersikap menggunakan kekuatan orang lain untuk mengatasi kelemahan kita. Walaubagaimanapun syarikat Alibaba menghendaki dengan kemahiran profesional yang lebih kukuh, tetapi berkerja secara berpasukan lebih pentng dalam menentukan sama ada seseorang itu akan menyertai, tinggal, dan menikmati bekerja di syarikat. Di samping itu, Jack Ma juga akan bertemu dengan semua kakitangan baru dalam persekitaran kumpulan dan mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan sekurangkurangnya suku tahun, dan dua kali setahun dengan semua kakitangan agar membolehkan kakitangan untuk hantar fikiran dan pendapat mereka secara terbuka. “Kita semua biasa orang, tetapi matlamat kita adalah luar biasa” katanya Jack Ma.

9. Proaktif (Proactive):

Bagi seorang usahawan yang berjaya, sikap proaktif sangat penting dalam diri mereka. Proaktif bermaksud lebih dari sekadar mengambil inisiatif. Usahawan akan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan supaya tidak menanggung risiko yang terlalu tinggi dalam perniagaan. Usahawan yang mempunyai sikap proaktif juga merupakan seorang yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif agar mereka dapat menjadi idola atau inspirasi dalam hidup orang lain. Sesuatu keputusan yang dibuat adalah hasil daripada pemikiran mereka tanpa dipengaruhi dengan unsur luar. Mereka juga turut memfokuskan keupayaan untuk mengubah diri mereka dahulu supaya dapat mempengaruhi orang luar.

Sikap proaktif ini boleh dicontohi oleh seorang usahawan yang sememangnya sudah terkenal iaitu Datuk Jimmy Choo yang merupakan seorang pereka dan pembuat kasut yang berjenama dan berkualiti. Nama beliau bukan sahaja terkenal di peringkat Negara kita sahaja malah di peringkat Antarabangsa juga. Beliau bukan sahaja dianugerahkan dengan gelaran ‘datuk’ bahkan juga dianugerahkan gelaran ‘profesor’. Beliau juga dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya. Beliau telah mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya terlebih dahulu. Datuk Jimmy Choo telah membuka kedai kasutnya yang pertama dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital. Ini menunjukkan bahawa beliau seorang yang proaktif. Walaupun ketika itu jualan beliau tidak mendapat sambutan, namun beliau tetap bersikap positif dan terus berusaha sehingga rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue dan mula dikenali ramai termasuk mendiang Puteri Diana. Datuk Jimmy Choo sangat bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd.

Kesimpulannya, sikap proaktif yang ditunjukkan oleh Datuk Jimmy Choo perlu diteladani oleh usahawan yang baru memulakan perniagaannya. Ini kerana dalam proses memajukan sesuatu perniagaan bukanlah semudah yang disangkakan. Ia memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit.

Similar Posts