Tomato kebiasaannya mempunyai 22 kalori, dan kira-kira 5 gram karbohidrat dan 1.5 sebagai serat. Tomato mempunyai pelbagai kebaikan sama ada dari aspek kesihatan ataupun kecantikan.
1. Menpunyai sumber vitamin yang banyak
Sebiji tomato boleh memberi kira-kira 40% daripada vitamin C minimum harian yang disyorkan. Tambahan pula, tomato membekalkan vitamin A, yang menyokong imuniti, penglihatan, dan kesihatan kulit; vitamin K, yang baik untuk tulang anda dan kalium iaitu nutrien utama bagi jantung, kontraksi otot, dan mengekalkan tekanan darah yang sihat dan keseimbangan cecair.
2. Mengurangkan risiko sakit jantung
Tomato mengandungi antioksidan yang dipanggil lycopene. Penyelidikan menunjukkan bahawa selain dari memberi manfaat untuk kesihatan jantung, buah tomato juga mempunyai hasil yang lebih baik berbanding mengambil suplemen lycopene. Kajian-kajian lain telah menunjukkan bahawa paras darah lycopene yang lebih tinggi dikaitkan dengan kadar kematian yang lebih rendah bagi mereka yang mengalami sindrom metabolik, faktor risiko yang meningkatkan peluang untuk mengembangkan penyakit jantung, diabetes, dan strok.
3. Meningkatkan kadar penglihatan
Lycopene juga baik untuk mata anda. Dan itu bukan satu-satunya nutrien perlindungan di tomato, malah is juga mengandungi lutein dan beta-karoten. Menurut penyelidikan, nutrien ini melindungi mata termasuk katarak dan degenerasi makula.
4. Mengurangkan masalah sistem penghadaman
Cecair dan serat dalam tomato boleh membantu jika anda terdedah kepada sembelit. (Menurut USDA satu tomato besar mengandungi 6 auns cecair, dan 1.5 gram serat.)
5. Menjaga kesihatan kulit
Satu kajian pada tahun 2011 mendapati bahawa kombinasi pes tomato dan minyak zaitun melindungi kulit daripada sinaran matahari, dan meningkatkan pengeluaran pro-kolagen iaitu molekul yang memberikan kulit strukturnya dan menjadikan kulit tegang dan awet muda.
6. Baik untuk merawat diabetes
Kandungan karbohidrat dalam tomato sangat rendah dan ianya sangat baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.
7. Menjaga kesihatan rambut
Amalan meminum jus tomato secara berterusan boleh membantu memperbaiki penampilan dan tesktur rambut. Kandungannya yang kaya dengan vitamin K membantu menguatkan akar rambut, menjadikannya lebih sihat.
Kesimpulannya, tomato mengandungi likopen (antioksidan) yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya lain yang masuk ke dalam tubuh kita. Likopen berperanan untuk mencegah kerosakan sel yang menyebabkan kanser seperti kanser prostat, kanser mulut dan dan kanser rahim.