Tips agar kulit lebih sihat dan berseri

Sebagai seorang wanita yang menjaga kecantikan diri, kelembapan kulit wajah harus diberikan perhatian. Kulit wajah yang lembap adalah kunci kepada wajah yang lebih muda. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari adalah salah satu punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bagaimana mengekalkan kelembapan kulit?

Memakai topeng wajah

This is one of the best face masks out there. #facemask #bestfacemasks

Selain pelembap, topeng wajah juga boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Topeng wajah berfungsi untuk menyalurkan nutrisi kepada kulit sekali gus memberi kelembapan secara mendalam. Agar wajah kekal lembap, urut wajah dengan ketulan ais selepas memakai topeng wajah.

Selalu mencuci muka

How to Wash Your Face the Right Way

Membersihkan muka dengan sempurna dan teliti juga amat penting agar kelembapan kulit wajah sentiasa terjaga. Bersihkan muka dengan pembersih muka yang sesuai dengan kulit dan bilas dengan air suam agar pori-pori wajah terbuka. Bilas semula dengan air yang sejuk agar pori-pori tertutup kembali.

Tidur yang cukup

Too Much Sleep Is Just As Bad As Not Enough Sleep, A Huge New Study Says

Tidur merupakan salah satu kunci kecantikan kepada wanita. Tidur yang cukup dan berkualiti mempengaruhi kesihatan kulit. Tempoh tidur yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat adalah di antara enam hingga lapan jam sehari.

Bersolek secara sederhana

Awesome 5 Minutes Of Simple Makeup In The Morning

Tidak perlu bersolek tebal kerana anda akan kelihatan lebih manis jika anda hanya tampil sederhana dengan solekan nipis. Solekan yang tebal menjadikan kulit sukar bernafas lebih-lebih lagi apabila selepas bersolek dan tidak membersih solekan dengan sempurna. Sisa solekan yang melekat pada pori-pori kulit muka akan mengundang kepada masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan pori-pori besar.

Menggunakan bedak asas

Fenty Beauty Pro Filt’r Instant Retouch Setting Powder

Bedak asas dalam bentuk krim dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah. Sapu bedak asas secara nipis kerana pelembap pada bedak asas boleh mencantikkan kulit wajah anda.

Menggunakan serum

Peach and Lily Glass Skin Refining Serum - Peach & Lily

Biasakan diri anda untuk menyapukan serum sebelum tidur bagi menjaga kelembapan kulit wajah. Ketika bangun pagi, kulit akan terasa lebih anjal dan segar. Untuk bahagian di bawah mata, sapukan krim mata.

Memakai ‘sunscreen’

21 Best Sunscreens for Rosacea 2019 (Sunscreens for Sensitive Skin)

Pilih ‘sunscreen’ yang menyediakan pelembap ekstra. Perlindungan daripada cahaya matahari ini sangat penting untuk melindungi kulit. Kesan cahaya matahari ini bukan sahaja boleh menghilangkan kelembapan kulit malah boleh menyumbang kepada jeragat dan bintik hitam.

Similar Posts