1. Rutin penjagaan muka yang lengkap
Pastikan anda menlakukan rutin penjagaan muka yang lengkap. Pada waktu pagi, mulakan denagn mencuci muka anda dan diikuti denagn memakai toner, pelembab dan akhir sekali sunscreen. Pada waktu malam pula, bersihkan muka dengan oil cleanser, pencuci muka dan diikuti dengan toner dan pelembab.
2. Pakai sunscreen
Tahukah anda bahawa pemakaian sunscreen adalah sangat penting dan merupakan salah satu perkara yang wajib ketika anda keluar dari rumah kerana kulit kita terdedah kepada sinaran uv yang akan menyebabkan kulit anda menjadi kusam. Jika anda tidak mahu kulit anda kelihatan lebih kusam, anda mesti memakai sunscreen.
3. Hydration
Pelembab wajah tidak hanya khusus bagi yang mempunyai kulit kering sahaja. Pastikan kulit anda sentiasa lembab walaupun anda mempunyai jenis kulit berminyak mahupun kombinasi. Wajah yang mempunyai kelembapan yang cukup akan kelihatan lebih glowing.
4. Exfoliate
Exfoliator berfungsi untuk menghilangkan sel kulit mati. Anda boleh memilih sama ada mahu menggunakan apa apa jenis exfoliator/skrub. Jadi, anda akan kelihatan lebih cerah dan tidak lagi kusam. Tetapi anda harus ingat bahawa anda hanya boleh menggunakannya 2 kali seminggu.
5. Gunakan produk yang boleh mencerahkan kulit
Produk tersebut mestilah mengandungi bahan-bahan yang bertindak sebagai agen pencerah iaitu vitamin c, niacinamide, alpha arbutin, galactomyces, dan licorice extract. Contoh produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut ialah seperti di bawah.