Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Kebaikan-kebaikan detox:
- Dapat membuang toksin daripada badan
Toksin yang tersimpan dalam badan bertahun-tahun lamanya adalah penyebab penyakit. Racun serangga pada sayuran, bahan pewarna pada makanan, bahan kimia pada bekas pembungkus makanan adalah antara contoh-contoh toksin yang dibawa masuk ke dalam badan kita.
Bahan-bahan ini akan memberi kesan kepada sistem pertahanan badan dan metabolisme kita menyebabkan badan kita senang mendapat penyakit. Jadi ia perlu dibersihkan segera daripada badan kita.
- Untuk mencegah penyakit kronik
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Kita tidak tau apa akan jadi dengan badan kita. Kita juga tidak tau berapa banyak toksin terkandung di dalam badan kita. Jadi lebih baik kita mengambil langlah untuk membuang toksin sebelum ia menjadi punca kepada penyakit kronik kepada badan kita.
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
Sistem imunisasi yang lemah akan mendorong badan kita supaya lebih cenderung untuk mendapat demam dan selsema. Ini akan menjejaskan kualiti kehidupan dan jika berlarutan mungkin akan menyebabkan penyakit yang lebih kronik. Jadi detox dapat meningkatkan sistem pertahanan badan.
- Mengurangkan berat badan
Toksin yang terkandung di dalam badan boleh menyebabkan badan kekurangan daya metabolisme. Ini menyebabkan lemak-lemak senang terkumpul dan boleh membawa penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Keupayaan badan untuk membakar lemak menjadi lemah. Dengan detox, ia akan mengeluarkan toksin yang terperangkap di dalam sel lemak. Dan ini sekaligus akan meningkatkan kadar metabolisme badan.
- Melambatkan proses penuaan
Dengan detox, badan akan membuang radikal penyebab penuaan. Ini meningkatkan kebolehan badan menyerap nutrisi yang diperlukan badan termasuk antioksidan dan vitamin yang membantu melawan oxidative stress.
- Meningkatkan kualiti kehidupan
Dengan badan yang sarat dengan toksin, sudah pasti kehidupan tidak seperti yang diharapkan. Sakit sendi, sakit kepala, tidak hadam makanan, masalah tidur, dan tidak bermaya adalah masalah biasa yang terjadi disebabkan toksin di dalam badan. Ini semua membuatkan kualiti hidup tidak sempurna.
- Meningkatkan tenaga
Badan menjadi semakin bertenaga dan tidur anda akan menjadi lebih nyenyak. Malah anda akan terjaga tanpa bantuan jam loceng mahupun alarm.
- Kulit menjadi semakin sihat
Menyahkan toksin dengan detox menjadikan kulit semakin sihat. Tanpa toksin, penyakit kulit seperti jerawat akan berkurangan. Ia juga akan menguatkan rambut serta kuku. Kulit akan kelihatan segar dan bersinar secara natural.
- Ketenangan mental dan emosi
Apabila sistem badan telah diselaraskan dengan pembuangan toksin ia akan memberi kesan kepada mental dan emosi kita. Tiada lagi stress dan ini membantu anda membuat sesuatu dengan tenang.
Keputusan yang diambil menjadi lebih bijak, analisa akan menjadi lebih tepat dan kita akan lebih cenderung melihat sesuatu dari sudut yang positif
- Mengembalikan kestabilan kepada sistem badan.
Sistem penghadaman, sistem saraf, dan sistem hormon kami telah direka khas untuk bekerjasama membantu badan mencapai kesihatan yang optimum. Inilah yang badan kita mahu lakukan! Tetapi apabila kita bebankan mereka dengan toksin dan makanan yang tidak sihat, sistem ini tidak berfungsi dengan baik seperti yang sepatutnya dan kita jatuh sakit.
Dengan detox, kita akan mengembalikan semula kestabilan kepada sistem badan dan ini akan membolehkan sistem badan berfungsi dengan sempurna.