Tips Memilih Menu Sarapan yang Sihat

Tips Memilih Menu Sarapan yang Sihat

  1. Telur

Egg, Ingredient, Baking, Cooking, Food, Raw, Kitchen

Telur merupakan makanan yang sesuai untuk sarapan kerana ia kaya dengan protein. Sebiji telur mengandungi 70 kalori dan memenuhi 13 peratus keperluan protein harian. Anda boleh membuat omelet daripada dua biji telur yang menghasilkan 150 kalori.

 

  1. Oatmeal

Blueberries, Oats, Oatmeal, Health, Breakfast, Slimming

Gantilah nasi putih atau roti pada ketika anda bersarapan dengan semangkuk bubur oatmeal dengan tambahan potongan buah-buahan seperti strawberry, raspberry dan blueberry. Menu ini mengandungi kalori yang rendah kerana diperbuat daripada biji gandum sehingga membuatkan perut terasa lebih kenyang.

 

  1. Roti gandum Berintikan Isi Tuna

Breads, Cereals, Oats, Barley, Wheat, Flour

Selain mengandungi karbohidrat kompleks daripada biji gandum, anda guna akan mendapatkan protein dan lemak Omega-3 daripada isi tuna. Jangan lupa tambahkan sayur-sayuran seperti salad, tomato dan timun yang mengandungi serat yang tinggi. Menu ini sesuai untuk anda yang sibuk dan mempunyai jadual yang padat.

 

  1. Smoothies

Fruit Cocktails, Smoothie, Breakfast, Milk, Mix

Anda boleh menikmati sarapan pagi anda dengan smoothies. Campurkan secawan susu rendah lemak dengan buah-buahan seperti manga, epal ataupun strawberry di dalam alat pengisar, dan tambahkan ais batu agar terasa lebih segar dan nikmat. Selain buah-buahan yang dapat memenuhi karbohidrat, anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada segelas susu.

 

  1. Pancake Jagung

Image result for corn pancakes

Jika selama ini anda membuat pancake dengan menggunakan tepung gandum atau tepung segera pancake, kini cubalah membuat pancake dengan menggunakan tepung jagung. Letaklah jagung dan kacang walnut untuk isinya. Anda juga boleh menikmatinya dengan sos cili dan sedikit golden syrup.

 

  1. Kekacang

Almond, Brown, Close-Up, Dry, Food, Fresh, Healthy

Kekacang mengandungi vitamin D dan kalsium yang tinggi sehingga dapat menguatkan tulang dan gigi. Namun, kandungan kalori yang terdapat pada kacang ini sangat rendah dan sangat baik diambil oleh anda yang sedang berdiet.

 

  1. Buah-buahan & Sayur-sayuran

Image result for fruits and vegetables

Sayur-sayuran dan buah-buahan segar mempunyai khasiat yang luar biasa buat anda yang berdiet. Buah-buahan seperti tomato dan pisang cukup bagus. Kandungan vitamin C yang tinggi pada keduanya sangat bagus untuk sistem ketahanan tubuh. Kandungan karbohidrat yang cukup pada pisang juga dapat memberikan energi sekaligus melenyapkan rasa lapar. Sayuran seperti timun dan brokoli mengandungi air yang tinggi serta mineral lain yang bagus untuk anda yang berdiet.

 

Similar Posts