CUACA panas seperti di Malaysia dan harus memakai topeng muka untuk mengecah Covid-19 membuatkan wajah seseorang lebih mudah berpeluh.
Bagi kaum wanita yang menggunakan solekan, ia juga mudah luntur dan itu belum lagi ia melekat pada topeng muka yang dipakai.
Tapi jangan bimbang, ada pelbagai kaedah yang boleh dilakukan bagi mencegah solekan anda cair dan antaranya adalah;
1. Menggunakan pelembap
Solekan yang tahan panas dan peluh perlu memiliki dasar yang padu. Sebelum bersolek, berikan nutrisi kepada kulit wajah dengan menggunakan pelembap untuk menghindar kulit daripada kering selain membuatkan solekan anda tahan lebih lama.
2. Memakai primer
Sebelum menggunakan bahan lain, sapu primer pada kulit. Primer dipakai setelah pelembap dan menyapu bedak asas.
Primer membuatkan kulit wajah tampak halus dan rata, malah ia akan menjadikan bedak asas melekat dan tahan lebih lama.
Sebaik-baiknya pilih produk primer yang sesuai dengan kulit wajah dan paling penting ia memiliki fungsi mencegah kulit berminyak.
3. Sapu bedak asas
Selepas melakukan dua langkah tersebut, baharulah sapukan bedak asas yang sesuai dengan warna kulit anda.
Untuk mendapatkan hasil yang cantik, gunakan beauty blender agar bedak dapat bersatu dengan kulit.
4. Solekan kalis air
Antara kunci solekan tahan lama adalah dengan memilih produk kalis air. Pilih maskara, pembayang mata dan kening yang kalis air.
5. Semburan penahan solekan (setting spray)
Akhiri proses solekan anda dengan menggunakan setting spray sebagai sentuhan terakhir. Ia berfungsi sebagai pengunci solekan agar ia terletak dan tahan lebih lama.
Setting spray juga sangat berguna sebagai agen pencegah minyak pada wajah anda terutamanya yang banyak menjalani aktiviti luar.
Kesimpulannya, dalam kita menjaga diri di musim pandemik COVID19 dengan menjaga SOP dan sentiasa memakai pelitup muka tidak semestinya anda tidak perlu memakai make up. Tak usah rasa sedih kerana dengan memakai pelitup muka pun kita sebagai wanita boleh bersolek cuma jangan terlalu tebal. Walaubagaimanapun, golongan wanita sentiasa dinasihatkan supaya tidak bersolek terlalu tebal terutamanya penggunaan krim asas. Inisiatif itu bagi mengelakkan berlakunya pori-pori tersumbat, sekali gus menyebabkan jerawat dan iritasi.