perkara-asas-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-bermakeup

Solekan yang cantik pantinya menjadi dambaan seiap wanita. Tidak kiralah sama ada mahu pergi ke kerja atau menghadiri majlis-majlis tertentu, membeli belah mahupun duduk di rumah. Namun, untuk mendapatkan  hasil solekan yang sempurna dan menawan, beberapa perkara perlu dilakukan sebelum anda mulakan make up.

Mungkin ramai yang terlepas pandang betapa pentingnya asas yang diperlukan sebelum bersolek. Kaedah sebelum bersolek ini penting bagi memastikan wajah anda terhindar dari kotoran yang boleh menyebabkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan pelbagai lagi yang tidak diingini.

Malahan juga, solekan anda kekal cantik di wajah  sepanjang hari. Jom kita lihat perkara yang perlu dilakukan sebelum bersolek!

Cuci wajah menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit.

perkara-asas-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-bermakeup-pastikan-cuci-muka-sebelum-bersolek

Gunakan skrup wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.

perkara-asas-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-bermakeup-pemakaian-skrub-muka

Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.

perkara-asas-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-bermakeup-pemakaian-serum

Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.

perkara-asas-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-bermakeup-pakai-pelembap-pada-wajah

Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya cari primer yang mengandungi silikon  sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.

perkara-asas-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-bermakeup-pilihan-primer-yang-bersesuaian-dengan-kulit-wajah

Similar Posts