Walaupun solekan berperanan mencantikkan pelakon dalam drama dan layar perak, solekan juga mampu membuatkan penampilan aktres menakutkan atau menggerunkan. Imej mengerikan ini dihasilkan dengan teknik kesan khas menerusi teknologi pengkomputeran mahupun solekan.

Bagi menampilkan wajah diinginkan pelbagai peralatan kosmetik dan bahan prostetik daripada getah dan silikon digunakan untuk menampakkan tubuh kelihatan lebam, luka parah, berusia atau cacat.

Dalam erti kata lain, peranan jurusolek kesan khas ini jauh berbeza dengan mekap artis biasa kerana mereka perlu menghabiskan banyak masa melukis wajah atau tubuh pelakon agar kesan diinginkan tampak seperti semula jadi.

Malah dalam sesetengah keadaan mereka perlu memiliki kemahiran melebihi jurusolek profesional kerana penggunaan bahan unik dan kreatif diperlukan bagi menghasilkan prostetik agar kelihatan realistik yang menjadi matlamat bagi semua jurusolek kesan khas.

Maka terhasil lah watak-watak seperti zombie, hantu, alien dan sebagainya mengikuti sesebuah tema atau filem yang dihasilkan.

Mesti rasa teruja bila melihat watak zombie, hantu, alien, watak kartun Disney yang boleh bertukar wajah muda ke tua tak pun dari kurus menjadi gemuk. Solekan kesan khas bukan hanya boleh melakukan sekadar itu sahaja, bahkan boleh melakukan kesan seperti luka, koyak, patah, melecur dan sebagainya.

Anda yang ingin mempelajari bagaimana untuk hasilkan solekan kesan khas ini adalah tipsnya:

 Kemahiran

Kurang kemahiran bukan satu faktor untuk menghalang anda untuk melakukan apa yang anda minat. Anda tidak perlu risau kerana kini sudah banyak kemudahan yang dapat memberikan anda untuk pelajari solekan kesan khas.

Antara kemudahan yang anda boleh dapatkan adalah melalui media sosial seperti Facebook dan YouTube. Anda juga boleh mencari dan menyertai kursus yang menyediakan kelas solekan kesan khas untuk mendapat pengetahuan kemahiran dalam bidang ini. layari http://www.sfxspecialeffectsmakeup.com untuk mengetahui kelas-kelas solekan kesan khas ini.

Kajian

Bagi anda yang masih baru dengan bidang ini, anda sangat digalakkan untuk mengkaji dahulu apa itu solekan kesan khas. Anda perlu tahu jenis-jenis solekan yang ada, cara dan proses untuk melakukannya serta bahan-bahan yang perlu digunakan.

Langkah ini sangat perlu kerana bidang ini akan melibatkan orang yang akan anda solek. Perlu ingat bahan yang diguanakn dalam solekan kesan khas perlu sesuai dengan orang yang akan disolek kerana ada orang memunyai kulit yang sensitif.

Paling penting tidak semua orang mempunyai bakat dalam menghasilkan solekan kesan khas. Ia memerlukan minat yang mendalam tentang seni dan hargai setiap apa yang akan dihasilkan. Anda juga perlu rajin mempraktikkan apa yang anda pelajari supaya proses penghasilan solekan tersebut lebih mudah dan nampak lebih realiti!

Bahan Dan Peralatan

Anda juga perlu mengenali bahan dan peralatan apa yang perlu digunakan. Untuk permulaan anda pasti mahu menggunakan kelengkapan solekan dengan kos yang murah kan?

Usah risau, anda boleh dapatkan bahan solekan di pasar raya seperti gam putih, tisu, berus, sirap, kopi dan gunting. Anda juga boleh menggunakan latex (baunya agak busuk dan menyengat) tetapi harganya mahal sedikit berbanding gam putih.

Bahan seperti Fake blood anda boleh beli secara atas talian sekiranya anda merasakan leceh untuk membuatnya sendiri. Untuk mempercepatkan proses pengeringan latex atau gam putih, anda boleh menggunakan hair dryerHair dryer juga mempunyai pelbagai jenis, ada yang murah dan ada yang mahal.

Proses solekan kesan khas sangat memerlukan masa. Ada yang perlukan masa 2 jam dan yang perlukan masa sehingga 7 jam bergantung kepada jenis solekan kesan khas yang dipilih. Tempoh seperti ini hanyalah untuk menghasilkan kesan yang ringkas seperti luka, koyak, zombie, hantu, patah dan kesan-kesan lecur.

Portfolio

Untuk bertahan dalam bidang ini sebagai seorang jurusolek kesan khas, anda perlu rajin melakukan solekan kesan khas tanpa mengira keadaan projek. Untuk menjadi lebih mahir anda perlu menghasilkan paling kurang 3 solekan seminggu untuk menambahkan isi portfolio anda.

Hal ini kerana bila hasil karya anda semakin bagus, makin ramai yang suka hasil karya anda, mereka akan hargai setiap hasil kerja anda dan sentiasa menunggu perkembangan dari anda.

Mengikuti Perkembangan Industri

Anda sangat digalakkan untuk mengikuti perkembangan semasa supaya anda sedar apa yang berlaku dalam bidang ini dan tidak ketinggalan jauh dengan teknik-teknik terkini.

solekan-kesan-khas-separuh-luka-zip

solekan-kesan-khas-sotong

solekan-kesan-khas-gunting-tersusuk-mata

watak-watak-solekan-kesan-khas

Solekan boleh diumpamakan seperti anda melukis di atas sebuah kanvas. Untuk melakukan setiap solekan sama ada solekan ringkas mahupun rumit, anda memerlukan fikiran yang kreatif. Hanya dengan kreativiti dapat menghasilkan solekan yang anda kehendaki.

Semakin banyak anda melatih diri dalam bidang solekan ini, suatu hari nanti anda akan jumpa gaya solekan anda yang tersendiri. Ketika itu anda akan dikenali sebagai seorang jurusolek solekan khas yang mempunyai keunikan tersendiri.

Similar Posts