Solekan anda tidak lengkap jika anda tidak melukis kening on point. Jadi anda yang berjinak-jinak dalam solekan, sudah tentu sukar untuk anda dalam melukis kening. Jadi di sini saya kongsikan kepada langkah-langkah bagaimana untuk melukis kening sebagai pemula.
Berdasarkan gambar di atas ikuti langkah-langkah dalam menghasilkan solekan kening on point.
Langkah 1
Pastikan anda miliki peralatan yang lengkap seperti celak kening dan juga maskara kening. Gunakan concealer cerah bagi anda yang tidak mahu untuk cukur kening.
Langkah 2
Lukis bahagian bawah kening dengan dengan satu garisan lurus. Pastikan di bahagian hujung kening di lukis dengan jelas.
Langkah 3
Lukis bahagian atas pula dengan satu garisan lurus dan di lukis lekuk di bahagian hujung bagi membentuk kening yang sempurna.
Langkah 4
Ratakan warna kening dengan oles-kan maskara kening. Di nasihatkan agar anda menggunakan tona yang sedikit cerah bagi memastikan kening anda natural
Langkah 5
Kemaskan bawah kening dan penjuru kening dengan menggunakan concealer bagi menutup celaan solekan anda.
Kesimpulannya, teknik solekan kening ini, anda harus praktis selalu untuk dapatkan hasil yang sempurna dan cantik.