Masalah jerawat yang dialami oleh seseorang bukan sahaja sering terjadi pada orang yang memiliki kulit yang berminyak sahaja malah orang yang mempunyai kulit kering dan sensitif juga berpotensi akan ada masalah jerawat.
Ini adalah cara bagaimana untuk mengatasi masalah jerawat untuk kulit kering dan sensitif.
Bersihkan muka dengan betul
Bagi anda yang mempunyai kulit kering dan sensitif, anda disarankan memilih kandungan pembersih wajah yang bebas dari sabun dan sidium lauryl sulfate (SLS).
Pilih produk pelembap dengan kandungan yang sesuai untuk kulit kering
Jadikan rutin untuk aplikasikan pelembap setelah anda selesai mencuci muka 2 kali sehari (pagi dan malam).
Jangan lakukan eksfoliasi wajah
Eksfoliasi wajah tidak sesuai untuk kulit kering kerana eksfoliasi dapat membuatkan kulit anda semakin terasa kering dan mengakibatkan iritasi. Jangan lakukan scrub supaya kulit tidak semakin kering.
Lebih teliti apabila menggunakan ubat jerawat
Ubat jerawat menjadi salah satu punca membuatkan kulit anda makin kering. Justeru, anda harus menggunakan ubat jerawat pada kawasan kulit yang berjerawat sahaja.
Minimumkan penggunaan produk lain
Anda disarankan menggunakan produk daripada jenama yang sama. Jangan kerap sangat gunakan pelbagai produk pada satu masa kerana takut akan menjadi lebih teruk berbanding merawat.