Belajar-Teknik-Shading-Hidung-Yang-Betul-Agar-Kelihatan-Mancung-Semula-Jadi

Sediakan Produk Shading dan peralatan solekan yang diperlukan

Produk solekan yang diperlukan untuk shading hidung haruslah bersesuaian dengan jenis dan warna kulit untuk dapatkan hasil yang sempurna. Antara produk yang diperlukan adalah:

  • contour cream (sesuai untuk kulit kering)
  • powder countour (sesuai untuk kulit berminyak)
  • Concealer
  • Highlighter

Peralatan Solekan yang diperlukan dan kegunaan untuk setiap alatan solekan untuk contour hidung:

  • Concealer brush: digunakan untuk aplikasikan concealer di areatlang hidung
    Shading brush: berfungsi untuk menghasilkan ilusi bayangan pada hidung dan sempurnakan bentuknya.
  • Small blending brush: membantu untuk membuat contour agar tampak lebih smooth.
  • Makeup Sponge

Cara memberikan ilusi bayangan pada tepi hidung

Aplikasikan contour cream yang berfungsi untuk menciptakan ilusi bayangan pada kedua sisi tualang hidung. Selain daripada countour cream, anda juga boleh menggunakan concealer atau foundation. Pastikan warnanya lebih gelap dari warna asal kulit anda. Gunakan berus eyeshadow yang bilunya memiliki hujung yang runcing untuk memudakan anda membentuk garis tipis di antara batang hidung anda.

Gunakan warna concealer yang lebih terang pada bahagian batang hidung.

Fungsi concealer adalah memberikan highlight pada kawasan batang hidung agar kelihatan lebih tinggi dan menciptakan gradisi warna yang betul. Gunakan concealer brush dan sapukan hingga hasilnya menjadi smooth dan tidak ada harsh line.

Ratakan garis countour dengan menggunakan makeup sponge

Selepas anda bentukkan garisan pada hidung anda, ratakan contour cream dan concealer dengan gunakan makeup sponge kerana lebih mudah dan anda akan dapat hasil yang natural. Jangan gerakan geseran agar ilusi warna gelap dan terang tidak terhapus dan tergeser oleh makeup sponge. Pastikan makeup sponge berada dalam keadaan lembap.

Gunakan bedak padat untuk tahan lebih lama.

Bedak padat berfungsi untuk menguncikan contour pada hidung supaya tidak mudah luntur kerana kawasan hidung adalah kawasan yang paling senang berminyak. Kemudian aplikasikan hihhlighter di kawasan batang hidung agar terlihat mancung dan glowing. Gunakan highlighter dengan warna yang lebih natural.

Similar Posts