Jika dulu anda selalu tampil cantik ketika berada di luar rumah. Kini pergerakan kita agak terhad kerana PKP masih lagi belum tamat. Malah kita banyak menghabiskan masa berada di rumah. Ada di antara kita yang bekerja dari rumah. Tidak salah rasanya untuk kita tampil cantik dengan solekan yang ringkas walaupun kita berada di rumah. Terutama bagi anda yang ada suami di rumah, pasti anda nak sentiasa nampak cantik di mata suami.
Tips solekan ringkas
Pakai bedak asas jenis kusyen dengan SPF (cushion foundation)
Gunakan cushion foundation kerana dia sebagai pengganti foundation. Cushion foundation ini berbentuk compact powder di mana cecair bedak asas ini di serap pada span. Cuma memakai cushion powder ini sahaja sudah cukup memberi seri di wajah anda.
Pakai eyeliner
Untuk solekan mata, eyeliner sudah memadai.
Pewarna bibir
Gunakan pewarna bibir yang boleh di pakai pada bibir supaya tidak nampak pucat.
Pensel kening
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk membentuk kening dengan cantik. Inilah masanya untuk anda berlatih untuk memahirkan lukis kening.
Mesti pakai maskara
Gunakan maskara yang mudah di cuci kerana mudah untuk dicuci ketika mahu solat.
Solekan yang ringkas juga boleh membuatkan wajah anda berseri. Semoga apa yang disampaikan melalui artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda.