Menjadi seorang jurusolek sememangnya bukan sesuatu yang mudah kerana ianya memerlukan bakat serta kemahiran yang membuatkan anda digelar seorang jurusolek.
Jika anda seorang yang kreatif dan selalu mempratikkan kemahiran yang kamu pelajari itu, kamu akan menjadi seorang jurusolek yang cemerlang dan professional dalam menjalankan tugasan yang diamanahkan.
Antara perkara penting yang anda perlu praktikkan dalam menjadi seorang jurusolek yang disegani.
Identiti
Anda harusnya mempunyai identiti dalam menghasilkan setiap solekan kerana lain orang lain caranya mereka bersolek. Jika orang melihat hasil solekannya, mereka akan dapat menjangka siapa yang menghasilkan solekannya tanpa memberitahu siapakah jurusoleknya.
Imaginasi dan idea segar
Setiap jurusolek, anda harus mempunyai idea-idea yang segar dalam menghasilkan sesebuah solekan yang baru dan menarik. Pendek kata, anda harus ekspresikan imaginasi ke atas solekan ataupun lukisan.
Mempunyai metaliti usahawan.
Antara faktor terbesar seseorang jurusolek itu gagal dalam kerjayanya adalah apabila dia tidak memasukkan elemen bisnes dalam kerjayanya melainkan mereka bekerja dengan sesebuah syarikat. Yang penting, jika anda bergerak secara sendiri dalam industri solekan ini, anda harus ada ciri-ciri usahawan terutamanya dari segi pengurusan akaun untuk memantau keluar masuk duit di dalam akaun anda.
Sediakan invois atau resit
Selesai urusan atau tugasan, berikan resit kepada pelanggan yang menunjukkan bukti jumlah perkhidmatan servis yang perlu di bayar agar kedua-dua belah pihak maklum dan setuju.
Jaga penampilan
Jaga penampulan diri apabila berdepan dengan orang ramai. Pastikan anda terlihat kemas, bersih dan membuat orang selesa sepanjang mereka bekerja dengan anda.
Sikap tolak ansur
Dalam menjalankan tugasan, anda boleh memberikan idea mengikut tema majlis kepada pelanggan tetapi harus diingatkan jika mereka tidak setuju dengan idea anda, anda perlu hormati keputusan mereka kerana mereka yang membayar anda.
Kemahiran berkomunikasi
Pelajari kemahiran komunikasi yang betul. Anda tidak perlu berlebihan berkomunikasi dengan pelanggan tetapi bijak dalam bertegur sapa dan menjawab pertanyaan pelanggan dengan tepat dan beradab. Jaga percakapan apabila dikelilingi dengan orang yang baru anda kenal.
Bawa orang yang betul
Jika anda memerlukan pembantu untuk menemani sepanjang tugasan anda, pastikan anda terangkan dahulu tugasan dia sebelum tiba di lokasi dan menjaga etika, bersikap profesional kerana mereka juga cerminan imejmu.
Rasa Bertanggungjawab
Tanggungjawab dalam tugasan anda, hasil kan karya solekan yang terbaik sebaiknya hasil solekan anda tidak menjadi, anda harus mempratikkan lagi kemahiran solekan anda supaya anda menjadi yang lebih baik daripada yang sebelumnya.
Tepati masa
Tepati masa dalam setiap temu janji anda dengan pelanggan dengan masa yang ditetapkan. Disiplinkan diri anda dengan masa supaya anda tidak menyusahkan mereka melambatkan proses majlis dengan lancar.