Pelajari-Teknik-Shading-Dan-Highlighting-Solekan-Pada-Kulit-Wajah

Adakah anda mahir dalam menggunakan teknik shading dan highlight dalam menghasilkan sebuah solekan yang sempurna? Inilah masanya untuk anda belajar lebih mendalam lagi tentang ilmu solekan dan mempraktikkan lagi teknik-teknik solekan supaya anda boleh berkarya dengan lebih baik pada kulit wajah.

Bagi yang ingin tingkatkan lagi teknik soekan kepada solekan yang melibatkan contouring, shading dan highlighting boleh terus membaca artikel ini.

Highlight

Highlight bertujuan untuk menonjolkan feature wajay yang sememangnya sudah menonjol atau ingin lebih ditonjolkan iaitu pada atas tulang pipi, dahi, batang hidung fan bahagian atas bibir. Highlight digunakan pada titik-itik tertinggi wajah di mana cahaya tepat mengenainya.

Shading

Sementara shading pula bertujuan sebagai pembayang pada bahagian tertentu lebih masuk ke dalam yang memberikan kesan cengkung. Siapa yang nak menampakkan muka runcing ini boleh cuba teknik countouring ini. Kawasan seperti atas dahi, tulang pipi, tepi dagu dan hidung perlu digelapkan.

teknik-solekan-shading-dan highlight-contouring

Similar Posts