Bahagian penting dalam mana-mana rutin kecantikan adalah dengan menjaga alatan solekan anda dengan betul. Tidak kira betapa alatan solekkan anda kelihatan masih elok dan masih berfungsi dengan baik, satu-satunya cara untuk mengekalkannya bebas bakteria, habuk dan kotoran adalah dengan mencucinya secara mingguan. Membersihkan berus dan span makeup adalah wajib bukan sahaja untuk tujuan kebersihan dan mengelakkan bakteria dan kuman tetapi juga untuk meningkatan prestasi alat solekan.

Berikut merupakan cara membersihkan berus solekan anda seperti seorang professional:

  1. Basuh berus makeup anda dengan sabun cecair. Jika berus anda disalut sepenuhnya dengan foundation, produk berminyak dan sebagainya, maka sabun cecair merupakan produk terbaik untuk nyahgriskan berus anda.
  2. Buihkan dan bilas- tetapi tidak perlu diulang. Letakkan sedikit pencuci pada pinggan kecil. Basahkan berus anda, pastikan anda hanya membasuh bahagian atas berus yang bersentuhan dengan solek dan kulit, kemudian letak ke dalam sabun untuk mencairkan sedikit kepekatan. Seterusnya, gerakkan berus bolak-balik di tapak tangan anda untuk menghasilkan buih, kemudian bilas dengan air suam sehingga semua sabun hilang.
  3. Pengeringan yang betul adalah yang diutamakan. goncangkan lebihan air dan tepuk bulu berus dengan tuala bersih untuk mengeluarkan kelembapan sebanyak mungkin. Kemudian gulung satu hujung tuala, letakkan pemegang berus pada bahagian yang digulung supaya kepala berus condong sedikit ke bawah. Anda tidak mahu sebarang air meresap ke dalam pemegang kerana ia boleh menjejaskan gabungan bulu dan juga pemegang itu sendiri.

Jika anda menjaga berus anda dengan cara yang betul, ia mesti akan bertahan selama bertahun-tahun. Banyak berus kelihatan menjadi lebih baik dan lebih lembut dari masa ke masa selepas mendapat penjagaan yang betul dan efisien.

Similar Posts