Airbrush makeup merupakan satu teknik di mana makeup disemburkan di wajah dengan mengunakan mesin airbrush sebagai ganti alatan lain pengaplikasian makeup seperti berus, span dan jari. Mesin ini menggunakan sistem mampatan untuk menghasilkan aliran udara melalui hos yang disambungkan pada spray painting gun. Tekanan airbrush ini boleh dilaraskan mengikut jenis makeup yang ingin digunakan seperti ketebalan saiz garis atau perincian makeup.

 

Pengguna teknik solekan airbrush ini perlu handal dalam mengendalikan aspek seperti jarak dan tekanan udara untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik dan kemas. Artis solek airbrush akan menggunakan gerakan membulat atau gerakan kehadapan ke belakang semasa mengaplikasikan foundation. Kedua-dua berus dual-action dan single-action boleh digunakan untuk airbrush makeup dan memerlukan Teknik yang sedikit berlainan.

Airbrush makeup ada dalam lima formula berbeza:

  • Water based
  • Polymer-water-based
  • Polymer-SD40_alcohol based
  • Alcohol based
  • Silicone-based

Makeup Airbrush ini boleh di hapuskan dengan menggunakan 50/50 campuran isopropyl alcohol dan isopropyl myristate.

Similar Posts