Amalkan-Senaman-Plank-Setiap-Hari-Jika-Mahu-Bentuk-Badan-Yang-Ideal

Untuk pengetahuan semua, senaman plank adalah senaman yang paling mudah untuk dilakukan dirumah namun susah untuk buat secara konsisten. Senaman plank ini adlah senaman yang paling memberi kesan positif dalam jangka masa yang pendek. Ramai yang tidak tahu senaman yang paling simple inilah memberi potensi besar untuk anda nak kurus dan kempiskan perut anda.

Manfaat yang anda boleh dapat dari senaman plank ini adalah:

Tingkatkan kelenturan tubuh

Senaman plank ini membantu menjadikan tubuh anda fleksibel supaya anda mudah bergerak tanpa menghadapi risiko kecederaan seperti kram, sakit punggung dan cepat penat apabila anda bersenam. Faktor utama senaman plank ini diamalkan adalah untuk memiliki otot tubuh yang mudah dilenturkan, lebih stabil dan kuat. Senaman ini mampu menstabilkan koordinasi tubuh pergerakan tubuh anda yang lebih efisien.

Membaiki postur tubuh badan

Plank membantu membaiki postur badan menjadi lebih baik dan tasbil serta menjadikan anda lebih ramping. Jika anda mempunyai masalah tidak boleh duduk terlalu lama, senaman plank ini membantu anda menyelesaikan masalah anda kerana jika anda amalkan plank anda mampu duduk lebih lama tanpa rasa penat.

Mantapkan keseimbangan tubuh

Senaman plank ini melatih anda menahan posisi dalam waktu lama. Kesannya adalah menguatkan bahagian otot di bahagian tengah badan, punggung bahagian atas dan bahu. Secara tak langsung senaman ini menjadikan tubuh anda lebih stabil dan seimbang.

Kurangkan risiko kecederaan

Lakukan senaman plank ini secara konsisten kerana akan menguatkan otot dan tulang punggung.

Kencangkan perut

Inilah masanya untuk menghapuskan lemak-lemak yang ada diperut. Senaman Plank ini akan membantu anda mengoptimumkan proses metabolisme tubuh untk membersihkan racun dan penyerapan khasiat sehingga mengatur keseimbangan hormon menjadi lebih efisien. Senaman ini juga boleh membantu perut yang buncit menjadi rata.

Metabolisme tubuh meningkat

Senaman seperti ini juga dapat membakar kalori yang lebih banyak berbanding senaman ringan yang lain.

Bagaimana cara untuk menahan posisi senaman plank yang lebih lama:

  • Letakkan siku di atas lantai, manakala pergelangan tangan di depan sejajar dengan siku.
  • Dengan menggunakan tangan, angkat tubuh ke atas dengan posisi leher lurus. Posisi kaki pula lurus ke belakang. Cuma hujung kaki sahaja yang menyentuh lantai.
  • Pastikan badan lurus dan tahan otot perut.
  • Tahan posisi ini sambil terus bernafas.
  • Lakukan sesuai dengan kemampuan anda.
  • Tambahkan posisi senaman plank yang lain:
  1. plank
  2. plank walk up
  3. Long Lever Plank
  4. Side Plank

senaman-plank-jenis-jenis-plank-yang-boleh-diamalkan

Secara kesimpulannya, jika senaman plank ini anda amalkan setiap hari memberikan kelebihan kepada anda:

  • Dapat membakar lemak daripada anda melakukan senaman ringan yang lain dan memberikan kesan pada sistem saraf yang sangat baik untuk mood anda. Senaman ini juga sesuai untuk anda yang ingin mengurangkan tekanan.
  • Meningkatkan kadar metabolisma kerana plank ini melibatkan lebih dari 1 otot.
  • Memperbaiki postur badan kerana senaman plank ini boleh menambah baik struktur badan dan memberi keseimbangan yang diperlukan apabila otot abdomen sudah kuat. Selain itu, fleksibiliti badan dapat ditingkatkan dengan menarik seluruh kumpulan otot posterior seperti bahu, tulang belikat, selangka dan merengangkan otot hamstring serta seluruh kaki.

Cabarkan diri anda untuk amalkan senaman plank ini setiap hari jika anda mahukan tubuh anda sihat.

jadual-senaman-plank-30-hari-secara-konsisten

Similar Posts