Apakah-Yang-Menyebabkan-Jerawat-Susah-Meninggalkan-Muka-Anda

Kawasan yang sering menjadi sasaran jerawat yang paling umum ialah ‘T-zone’. ‘T-zone’ ialah bahagian muka yang terdiri daripada dahi, hidung dandagu. Selain itu, jerawat juga sering kali datang di bahagian pipi. Tempat- tempat ini adalah yang paling umum untuk muka kerana tempat inilah yang kerap berminyak.

Kita juga boleh mendapat jerawat pada bahagian belakang badan. Semestinya kita boleh mendapat jerawat di kawasan yang mempunyai kelenjar sebum tetapi yang paling umum ialah muka dan bahagian belakang badan.

Apakah punca Kulit Wajah Berjerawat

  • Penyebab utama adalah sebum yang dihasilkan dari kelenjar sebum di kulit muka mengakibatkan pori muka tersumbat sekaligus menghasilkan jerawat.Selain itu, pori muka juga boleh tersumbat akibat kekotoran yang terdapat di udara. Dedebu dari permukaan udara boleh menyumbatkan pori muka dan juga mendorong kepada penghasilan jerawat.
  • Amalan makan makanan yang berminyak seperti makanan goreng maka ia juga boleh menyebabkan muka kita menjadi lebih berminyak serta menyebabkan pori muka tersumbat dan mendatangkan jerawat. Makanan laut seperti udang, sotong, ketam, kepah dan lain-lain juga boleh mendatangkan jerawat pada sesetengah individu. Jerawat yang tumbuh bukan sahaja besar dan merah malah juga gatal dan senang meninggalkan parut. Maka, anda boleh mengenal pasti pencetus timbulnya jerawat anda dan menghindarinya.
  • Pengumpulan sebum di muka merupakan permukaan terbaik untuk pertumbuhan bakteria yang bernama ‘Propionibacterium acnes’. Bakteria ini akan bertindak balas dengan sebum di muka dan merangsangkan sistem imun. Oleh itu, apabila sistem imun bertindak maka ianya akan mengakibatkan keradangan dan menumbuhkan jerawat. Sesetengah orang juga berpendapat bahawa makanan kekacang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Hal ini kerana kacang mengakibatkan muka menjadi lebih berminyak kerana kandungan nutriennya. Jadi, sekiranya dimakan berlebihan akan menjadikan muka sangat berminyak langsung menghasilkan jerawat.
  • Selain itu, gadis atau jejaka muda yang baru mencapai akil baligh juga sangat mudah mendapat jerawat. Hal ini kerana pertukaran hormon dalam badan mereka. Pertukaran hormon ini akan mengakibatkan kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan sekaligus membawa kepada pertumbuhan jerawat yang banyak.

Kesimpulannya, masalah jerawat perlu ditangani dengan langkah yang betul. Jika masalah ini tetap berlarutan dan tidak hilang walaupun setelah menggunakan pelbagai kaedah yang mungkin anda cuba sendiri, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar kulit bagi mendapatkan nasihat selanjutnya. Konsultasi secara langsung dapat memudahkan pemeriksaan susulan dilakukan agar rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.

Similar Posts