Bagaimanakah-Cara-Untuk-Teruskan-Perniagaan-Semasa-PKP

Berniaga secara dalam talian

Para peniaga boleh tukar cara berniaga dari secara offline kepada secara online. Banyak platform aplikasi ecommerce yang boleh anda promosikan produk jualan seperti Shopee, Grab, Onecent, Semuapay, FoodPanda dan platform digital yang lain.

Buka akaun Google My Business

Google My Business (GMB) salah satu platform digital yang boleh dimanfaatkan oleh peniaga. Ini kerana Google My Business adalah merupakan platform pengiklanan secara percuma dengan enjin pencarian internet yang paling terkenal di dunia.

Dengan Google My Business, sekiranya pencarian bagi nama perniagaan anda di kedudukan teratas, pemilik perniagaan akan diberi ganjaran. Platform ini juga membantu memastikan nama perniagaan muncul di halaman pertama carian Google. Jika ada laman web perniagaan sendiri lebih mudah.

Sentiasa membuat posting promosi jualan anda dalam media sosial.

Setiap orang pasti akan meluangkan masa beberapa jam di media sosial, terutamanya pada ketika PKP ini. Ramai yang banyak meluangkan masa di rumah. Ini adalah cara terbaik untuk memaparkan perniagaan di media sosial.

Promosikan Produk di Pemasaran Emel.

Gunakan autoresponder email untuk promosikan produk adalah saluran pemasaran yang paling berkesan. Dengan menggunakan autoresponder, ini memudahkan para peniaga boleh berikan informasi terkini kepada pelanggan dengan cepat.

Tawarkan perkhidmatan penghantaran segera

Salah satu cara berkesan untuk memastikan perniagaan sentiasa berdaya saing adalah dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama atau on-demand service.

Implementasikan cara pembayaran ewallet dan cashback

Dari menjalankan perniagaan secara fizikal boleh berubah kepada kedai secara online begitu juga cara pembayaran juga boleh berubah dari secara cash kepada online. Jadi platform digital seperti Onecent ewallet, Tng Ewallet dan banking online.

Bagi pelanggan, apa yang dimahukan mereka ketika ini adalah medium yang lebih pantas dan mudah. Justeru, pembayaran secara digital, seperti E-Wallet dan Cashback reward dapat membantu dalam urusan pembayaran ketika norma baharu ini

Similar Posts