Jika dilihat dalam keadaan semasa sekarang ini, ramai para peniaga yang berniaga sebagai penjaja, mempunyai kedai fizikal untuk menguruskan perniagaan kecil sangat terjejas oleh kerana virus covid19 melanda di seluruh dunia. Jadi jalan terbaik untuk teruskan perniagaan daripada tutup perniagaan adalah dengan cara mengambil inisiatif jalankan perniagaan secara digital.
Walaubagaimanapun beerniaga secara atas talian ini mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri tetapi anda sebagai usahawan perniagaan digital seharusnya mengambil tahu berkenaan cabaran dalam perniagaan online.
Antara cabaran yang bakal anda lalui adalah:
Mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan
Bukan senang untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan. Jika anda mempunyai pelanggan tetap, mungkin mudah bagi anda dengan cara mewawarkan kepada pelanggan bahawa anda ada buat jualan secara digital. Jika kedai anda tidak terkenal, anda perlu banyakkan promosi untuk dapatkan kepercayaan pelanggan baru. Selain itu, gambar yang di muat naik ke internet tidak jelas juga menyebabkan pelanggan kurang berminat untuk membeli produk anda.
Kesukaran memasarkan produk
Anda perlu rajin dan mengatur jadual masa anda dalam membuat promosi di sosial media. Sekiranya anda tidak ada masa untuk membuat marketing di dalam sosial media secara tidak langsung akan menyukarkan anda untuk mencari pelanggan. Tanpa pemasaran yang teratur akan menjadikan produk anda kurang dikenali ramai.
Layan kerenah pelanggan
Sabar dalam menghadapi pelbagai ragam pelanggan. Setiap pelanggan mempunyai ragam yang berbeza, ada yang okay dan ada juga yang kekadang sangat cerewet.
Pengurusan Kewangan
Elakkan penggunaan kewangan perniagaan. Asingkan akaun bank peribadi dan juga akaun perniagaaan agar tidak terguna hasil dari penjualan produk perniagaan.