Kerap membasuh muka
Kulit muka kita sering terdedah kepada segala kekotoran yang terdapat di udara. Inilah punca kenapa kita disarankan untuk selalu membasuh muka kerana kita dapat berpeluang mengeluarkan kotoran yang tersumbat di pori muka dan menjadikan muka tidak berminyak dan mengembalikan oksigen untuk muka.
Pilih pencuci muka yang bersesuaian
Setiap pencuci muka memiliki kadar pH yang berbeza, sekiranya pH pencuci muka terlalu rendahmaka ia ada kemungkinan besar untuk menjejaskan kulit muka kita kerana kandungannya yang terlaly asidik. Oleh itu, pencuci muka yang dipilih haruslah sesuai untuk digunakan hari-hari.
Kunyit
Gunakan serbuk kunyit hidup dan titiskan beberapa titik air padanya untuk dijadikan sebagai pes muka. Pes muka ini hendaklah disapu pada bahagian jerawat dan tunggu sehingga kering. Kemudian, bersihkan muka semula dan ulang kaedah ini sehingga jerawat yang tumbuh di muka ini mengecut.
Kunyit mempunyai ciri-ciri anti-baktiria. Jadi, dengan menyapu pes ini, bakteria yang tumbuh di permukaan kulit muka akan mati justeru menghilangkan jerawat.
Timun
Rendamkan timun ke dalam air. Air yang telah direndam oleh timun boleh diminum setiap hari untuk mencantikkan lagi kulit muka anda.