Terdapat banyak sebab untuk kulit menjadi berminyak, termasuk tekanan, kelembapan, genetic, dan hormon yang turun naik. Untuk membantu mengurangkan minyak pada wajah, berikut adalah perkara yang disyokan oleh dermatologis untuk dilakukan:

  1. Cuci muka setiap pagi, petang dan selepas bersenam. Semasa mencuci, tahan diri anda daripada menggosok kulit anda dengan kuat, walaupun untuk menanggalkan produk solekkan. Menggosok dengan kuat akan merengsakan kulit anda. Ia akan menjadikan kulit anda merah dan kelihatan lebih teruk.
  2. Pilih produk penjagaan kulit yang bebas minyak dan bukan komedogenik. Ini bermakna produk yang mempunyai label ini, termasuk pencuci, pelembap dan produk solekkan, tidak akan menyumbat liang-liang roma anda dan menyebabkan jerawat.
  3. Gunakan pencuci muka yang lembut dan berbuih. Ramai yang percaya bahawa mereka perlu menggunakan pencuci muka yang kuat untuk kulit berminyak bagi mengeringkan kulit mereka. Walaubagaimanapun, menggunakan pencuci muka yang terlalu keras boleh merengsakan kulit anda dan mencetuskan peningkatan pengeluaran minyak. Sebaliknya, cari pencuci muka yang lembut.
  4. Sapukan pelembap pada wajah setiap hari. Walaupun anda mempunyai kulit berminyak, tetap penting untuk menggunakan pelembap bagi memastikan kulit anda terhidrat. Untuk menjimatkan masa dan melindungi kulit anda daripada sinaran berbahaya ultraungu matahari, cari pelembap yang juga mengandungi pelindung matahari spektrum luas dengan SPF 30 atau lebih tinggi.

Kulit setiap orang adalah berbeza, dan tiada istilah “satu saiz sesuai untuk semua” bagi penjagaan kulit. Jika anda bimbang tentang jumlah minyak yang dihasilkan oleh kulit anda atau jika anda bergelut dengan bitnik hitam atau jerawat, buat temu janji untuk berjumpa dengan pakar dermatologi yang diperakui.

Similar Posts