Memakai toner pada kulit adalah sama pentingnya dengan pembersih. Bertindak sebagai langkah tambahan untuk pembersihan, toner digunakan untuk menghilangkan lebihan kotoran, minyak dan solekan nipis yang tidak dikeluarkan semasa membersihkan kulit muka.
Mungkin selama ni kita tidak mengetahui apakah kebaikan toner untuk kulit muka. Mari Ruby kongsikan bagaimana kita boleh memanfaatkan kebaikan toner tersebut.
Menyegarkan Kulit
Ketika cuaca panas, tiada apa yang dapat mengalahkan minuman yang sejuk dan menyegarkan. Begitu juga dengan kulit kita. Apabila kita memerlukan penyejuk, masukkan toner ke dalam peti sejuk selama 10minit. Kemudian tuangkan sedikit ke atas pad kapas dan sapukannya. Rawatan pendinginan segera dan menyegarkan di rumah.
Semburan Wajah Buatan Sendiri
Pasang penutup semburan pada toner, dan semburkan ia pada bila-bila masa, di mana jua, terutamanya apabila kita mula merasakan kulit letih atau kusam. Mengandungi ramuan berkhasiat, ia berfungsi sebagai pilihan sepanjang hari untuk kulit kekal segar dan terhidrat.
Untuk Leher Dan Bahagian Dada Serta Bahu Yang Lebih Berseri
Leher, bahagian dada dan bahu juga memerlukan penjagaan yang rapi dan cara terbaik dengan menggunakan toner.
Tingkatkan penggunaan toner pada leher dan dada untuk membersih, menghidrat dan menyuburkan kulit di kawasan ini, kerana ia merupakan bahagian anggota badan yang menunjukkan tanda-tanda penuaan yang pertama.
Bertindak Sebagai Pembersih Sel Kulit Mati Dan Pembersih Solekan Ringan
Bergantung kepada penggunaan, sesetengah toner ada bahan pengelupasan untuk membersihkan sel-sel kulit yang mati dan pencemaran persekitaran (debu, asap) untuk menyerlahkan keserian kulit. Ada juga toner yang bertindak sebagai pembersih solekan ringan, di mana ia membersihkan solekan yang tidak dapat dibersihkan semasa proses mencuci muka. Jadi, cari dan pilih toner yang memberi kebaikan kedua-duanya sekali!
Melindungi daripada Kehilangan Kelembapan
Selain membersihkan sel kulit mati dan menyuburkan kulit, Toner juga “mencegah kehilangan kelembapan” dengan memberikan kulit kita lapisan kelembapan tambahan. Di Korea, terdapat 1 kaedah yang dipanggil 7 kaedah pelembapan kulit, di mana 7 lapisan toner ditampal dan dilapis untuk tujuan penghidratan. Walau bagaimanapun, kaedah seperti ini tidak perlu. Hanya pilih toner atau penyegar semulajadi, yang berkesan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan dan memberikan penghidratan yang diperlukan oleh kulit kita.
Kesimpulannya, anda wajib konsisten gunakan toner setiap hari untuk kulit yang sihat, segar dan cantik!
Sumber: Rubiah Kadir