Amalan-Pemakanan-untuk-Mengatasi-Masalah-Jerawat

Selain daripada penjagaan luaran untuk kulit wajah kelihatan cantik secara semula jadi. Pengambilan nutrisi juga amat diperlukan untuk penjagaan secara dalaman. Ada beberapa jenis nutrisi yang anda boleh amalkan untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit dalaman. Amalkan secara konsisten untuk dapatkan kesan yang positif.

ESP Protein – Build (membina kulit yang sihat)

Tahukah anda, protein yang dihasilkan oleh tubuh badan merupakan bahan binaan yang paling penting. Jadi untuk mendapatkan kulit sihat dan berseri, tubuh badan anda harus mendapatkan protein yang secukupnya seperti:

  1.  Membekalkan asid amino yang penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk berfungsi sebagai kulit yang optimum.
  2. Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  3. Membantu pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  4. Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

Collagen Powder (Menganjalkan kulit)

Kolagen adalah struktur penting yang mengekalkan keanjalan kulit kita. Kolagen menghalang kulit daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur yang boleh menyebabkan kita nampak lebih tua dari usia. Tahukah anda, sebenarnya badan kita boleh menghasilkan kolagen sendiri. Tapi bila usia bertambah, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, dan menyebabkan kulit terdedah kepada kesan penuaan, termasuklah kulit berkedut dan kendur.

Dengan pengambilan Kolagen yang cukup, ia mampu melambatkan tanda penuaan, iaitu membantu:-

  • Kulit yang lebih anjal.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
  • Mengurangkan parut.

Vitamin C (perlindungan antioksida)

Vitamin C yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Tahukah anda, badan kita ridak boleh menghasillkan vitamin C sendiri dan ia perlu diambil setiap hari melalui pemakanan.

Jadi pengambilan Vitamin C yang cukup sangat membantu untuk:-

  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka.
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

GLA Complex (melembapkan kulit)

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA).

Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:-

  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Melawan keradangan.

Anda tidak perlu risau pengambilan produk kesihatan ini kerana ianya dijamin selamat dan banyak yang sudah menggunakan produk ini yang memberikan kesan positif. Bagi anda yang mahukan produk-produk kesihatan yang boleh memberi kecantikan kulit wajah anda dari dalaman.

Boleh dapatkannya disini.

Similar Posts