Anda tahu pantang larangnya, jangan sekali-kali tidur tanpa menanggalkan solekan di muka anda. Pasti anda tidak mahu bangun tidur dengan kesan gelap di bawah mata, yang paling penting pasti anda tidak mahu produk solek meresap ke dalam liang roma. Menanggalkan solekkan kadangkala boleh menjadi suatu kerumitan, namun, terdapat pelbagai cara yang berbeza untuk menanggalkan solekan. Berikut merupakan antara kaedah yang boleh dicuba untuk menanggalkan solekan…
Penanggal solekan yang lembut
Anggaplah ia seperti ramuan ajaib yang boleh menanggalkan produk kalis air yang melekat pada kelopak mata anda selama mungkin. Anda boleh menilai tahap kebagusan penanggal solekkan anda dengan mengira berapa banyak anda menggosok mata anda. Semakin anda menggosok mata anda, semakin merah mata anda dan membuktikan kualiti penanggal solekan yang tidak bagus. Penanggal solekan perlulah sangat cekap, cukup dengan hanya satu gosokan, solekkan di mata dapat ditanggalkan dan dihapuskan.
Kain penanggal solekan.
Jika anda salah seorang yang malas yang suka bebaring terus di katil serta-merta selepas anda penat seharian, maka kain lap penanggal solekkan harus menjadi pilihan anda. Kain yang seperti tisu ini biasanya dibasahi dalam produk yang menanggalkan solekan anda dengan mudah, walaupun ianya adalah concealer dan foundation. Lap penanggal solekkan ini menanggalkan solekkan dengan teliti dan lembut, ia tidak akan merengsakan mata anda atau menyebabkan sebarang kemerahan. Baunya juga sangat wangi dan menyenangkan.
Minyak Penanggal solekan.
Walaupun minyak mungkin kelihatan agak comot apabila disapukan pada muka anda, tetapi ia sebenarnya merupakan sumber penanggal solekan yang sangat berkesan. Anda akan mengurangkan geseran di muka anda, yang bermakna kurang kemerahan, dan ia benar-benar menanggalkan solekan anda dengan teliti. Penanggal solekan minyak adalah sangat baik apabila ia digunakan untuk menanggalkan produk kalis air. Hanya pastikan anda mencuci muka anda dengan baik selepas itu. Minyak kelapa juga boleh digunakan sebagai penanggal solekan.
Pembersih muka & penanggal solekan.
Jika anda bukan seorang yang suka menggunakan kapas, Maka anda akan menyukai kombo semua dalam satu pencuci muka dan penanggal solekan. Anda perlu mencuci muka anda dengan sangat baik, untuk membersihkan liang-liang muka anda daripada semua sisa solekan. Apabila ingin menanggalkan celak, anda disyorkan untuk menggunakan kain lap atau minyak untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.