Kebaikan-Aloe-Vera-Untuk-Kecantikan-dan-Merawat-Kulit-Wajah-Anda

Melembapkan kulit

Aloe vera boleh membantu anda mengatasi masalah kulit kering yang sering anda alami kerana aloe vera ini mempunyai kandungan air yang tinggi dan berfungsi untuk melembapkan kulit anda.

Mencerahkan kulit

Aloe vera merupakan sumber semula jadi yang boleh digunakan untuk menceragkan kulit kusam. Bahan seperti aloesin dan aloin berfungsi mengurangkan sel melanin yang menyebabkan bintik-bintik hitam pada wajah. Untuk mendapatkan hasil yang berkesan, anda harus selalu menggunakannya.

Mengurangkan jerawat

Anda boleh menggunakan pencuci muka yang mengandungi aloevera tanpa rasa was-was kerana aloe vera digunakan sebagai pencuci muka untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan jerawat pada wajah. Apabila kulit anda dinaiki jerawat, sapukan gel aloe vera pada permukaan jarawat dan biarkan semalaman. Iritasi dan kulit kemerah-merahan akan menjadi lebih kurang daripada biasa.

Mengecilkan pori-pori wajah

Jika wajah anda mengalami masalah ori-pori, anda boleh menggunakan pokok lidah buaya untuk mengatasinya kerana aloe vera dapat mengurangkan pori-pori pada wajah.

Manfaat perubatan

Meredakan iritasi pada kulit yang terbakar

Bagi kecederaan akibat bahan panas seperti minyak masak yang terpercik pada kulit wajah anda, anda boleh merawat kulit terbakar dengan meletakkan gel aloe vera pada kawasan yang terjejas. Gunakan sekuruang-kurangnya 3 kali sehari.

Membantu Merawat Luka

Aloe vera membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka yang di alami dan juga membantu mengurangkan parut luka tersebut.

Membantu merawat Ekzema, Seborrhereic Dermatitis.

Seperti anda sedia maklum, aloe vera berfungsi untuk melembapkan kulit. Bagi yang mengalami masalah penyakit kulit kering, anda boleh gunakan alternatif gel Aloe vera ini membantu merawat penyakit kulit kering anda.

Merawatt lesi vesikuar jangkitan virus Herpes pada bibir “cold sore”

Letakkan gek aloe vera pada permukaan vesikular tersebut untuk membantu menyembuhkan jangkitan virus Herpes. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Similar Posts