perniagaan-kosmetik-lahirkan-ramai-jutawan-di-malaysia

Sijil Kemahiran Malaysia Solekan adalah satu bidang kelayakan kemahiran seni solekan makeup yang disenaraikan terletak di bawah kawal selia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Proses penilaian dan pentauliahan SKM solekan ini adalah di bawah tanggungjawab JPK sepenuhnya mengikut peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) serta peraturan di bawahnya.

Kelayakan kemahiran solekan atau makeup yang ditauliahkan oleh JPK dan didaftar adalah selaras dengan penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679). Ianya adalah satu pengiktirafan kepada individu yang mempunyai kemahiran solekan atau makeup di dalam syarat -syarat tertentu.

Persijilan SKM Seni Solekan Makeup

akademi-diyana-skm-sijil-kemahiran-malaysia-bisnes-rupa-solekan-muka-wajah-cantik-rupawan-sijil-skm

Persijilan Kemahiran Malaysia Bidang Seni Solekan atau Makeup merupakan salah satu kursus ditawarkan oleh JPK dikendalikan pusat latihan bertauliah. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, Tahap 2 & Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui cara program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) Seni Solekan Makeup

  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Anda yang berminat untuk menceburi bidang seni solekan ini menjadi seorang jurumekap? Nak pelajari secara sambilan tanpa menjejaskan kerja harian anda. Boleh mengambil secara sambilan (part time) di Ikin Ikirdz Makeup & Artistry Academy 

KELEBIHAN MENGAMBIL SIJIL KEMAHIRAN SECARA UMUM

Dari segi pekerjaan. Anda boleh:

1. Terus bekerja sebagai pembantu bahagian operasi atau pembantu mekanik dengan syarikat/orang perseorangan tertentu.  Pastinya anda lebih menjadi rebutan berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Ini kerana pihak syarikat tidak perlu memberi latihan lagi kepada anda.

2. Diterima bekerja di sektor awam/kerajaan.

3. Kerja secara freelance – Kemahiran yang dipelajari boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan seperti pendawaian elektrik, welding, kecantikan dan lain-lain. Ataupun menghasilkan produk seperti membuat kek & roti, menjahit pakaian.  Dengan kemahiran ini juga dapat menjana pendapatan sampingan.  Pastinya dengan SKM yang anda miliki memberi keyakinan kepada pelanggan.

4. Anda boleh membuka perniagaan sendiri – sesetengah PBT perlukan SKM untuk kelulusan lesen premis.
Lulusan SKM berpeluang menjadi seorang usahawan dengan membuka perniagaan sendiri  dengan kemahiran yang dimiliki.  Antara bidang kemahiran yang menjadi perhatian adalah seperti bengkel kereta, bakeri, kedai jahitan, salon dan sebagainya.

5. Adakah anda tahu bukan sahaja Sijil Kemahiran Malaysia diterima di industri tetapi juga di luar negeri?
Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dan sebagainya).

Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM.

6. Menjadi Pegawai Penilai ataupun selalu dipanggil sebagai tenaga pengajar / cikgu / guru di PLK- Pusat Latihan Kemahiran samada di PLK awam (seperti di ILP/IKBN/GiatMARA/ADTEC dll dimana kod pusat bermula huruf K ) atau PLK swasta (kod pusat bermula L) atau syarikat konsortium@industri. Syarat minima untuk melayakkan anda sebagai Pegawai Penilai (bukan setakat tenaga pengajar) di PLK ini adalah SKM Tahap 3. Apa yang perlu anda lengkapkan lepas SKM Tahap 3/DKM tersebut ialah ambil Sijil Pengajar Vokasional (VTO / I-031-3) yang boleh diambil di PLK awam atau PLK swasta.

7. Jadi coach untuk sistem SLDN. Coach juga dikenali sebagai Pengajar.  Peranan sebagai Coach adalah melatih perantis di dalam sesuatu industry.  Contohnya dalam bidang Teknikal; Kompetensi Pembelajaran & Metodologi; dan Kompetensi Sosial & Kemanusiaan.

8. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – Anda juga berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran(PPL). PPL ini merupakan individu penting yang bertugas sebagai wakil JPK untuk membuat pengesahan penilaian dan seterusnya status TERAMPIL/TIDAK TERAMPIL pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali di Pusat Bertauliah JPK. PPL ni bertindak seperti auditor atau pegawai wazir PLK.  Syarat bagi lantikan sebagai PPL ini adalah wajib ada sijil induksi PP-PPD-PPB & PPL & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.

9. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP- PPT).
PP-PPT adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon.  Syarat bagi lantikan sebagai PP-PPT adalah wajib ada sijil induksi PP-PPT & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.

Dari segi melanjutkan pendidikan (min SKM3). Anda berpeluang :

10. Lanjutkan pengajian ke peringkat:

a) Diploma Kemahiran Malaysia – DKM
DKM ini kelayakannya adalah menyamai atau setaraf dengan Diploma MQA dari universiti awam/swasta. Ia diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (SPA).

Selepas DKM, anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dalam bidang kemahiran yg anda ambil.

Similar Posts