Bukan mudah untuk mengekalkan kulit yang cantik dan sihat seperti yang dimpikan oleh setiap wanita. Namun untuk mencapai kulit yang sihat dan cantik perlu penjagaan yang rapi. Untuk pengetahuan anda, dengan mempunyai hidrasi kulit yang baik dapat membantu anda mencapai kulit yang anda impikan. Kulit yang tidak cukup hidrasi akan menjadikan kulit anda kering dan bersisik yang akan menyebabkan kulit anda menjadi merah, gatal dan mengelupas.
Penghidratan adalah kunci kulit cantik dan sihat
Hidrasi kulit yang mencukupi akan membuatkan kulit kelihatan lebih sihat, licin dan lembut. Pengambilan air yang secukupnya dapat membantu kulit anda agar kekalsihat dan terhidrasi. Dari segi sudut luaran pula, anda boleh menggunakan losen atau pelembap sebagai salah satu cara untuk mengekalkan kelembapan kulit. Pelembap harian adalah sangat penting untuk kulit yang sihat, namun ada yang tidak menganggap itu adalah trend semasa. Anda harus buang mindset ini kerana hidrasi kulit bukan sekadar untuk mengekalkan kecantikan semata-mata malah hidrasi membantu menyihatkan kulit anda secara keseluruhan. Kulit merupakan organ terbesar yang memerlukan perhatian yang lebih untuk kekal kelihatan muda, bebas daripada ceka dan sihat.
Mengapa perlu mempunyai hidrasi kulit?
Air juga merupakan komponen utama pada kulit kerana kulit mengandungi kira-kira 64% air. Kulit kita berfungsi sebagai benteng penghalang terhadap toksin luaran, seperti patogen dan bahan kimia. Selain itu, kulit juga bertanggungjawab mengatur suhu badan bagi mengekalkan suhu yang optimum.
Kulit yang kering dan kekurangan sumber kelembapan boleh membuatkan kulit mengelupas. Ia juga menyebabkan permukaan kulit kelihatan dan terasa kasar apabila disentuh, malahan jika mengenakan makeup pun tidak akan kelihatan cantik. Kulit kering akan kehilangan ciri-ciri kelembutan dan keanjalan kulit yang diidam-idamkan, yang juga boleh menyebabkan peningkatan terhadap risiko jangkitan pada permukaan kulit. Kulit yang tidak cukup hidrat juga mungkin mempunyai risiko peningkatan kedutan wajah. Malahan, proses penuaan kulit akan terjadi dengan lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai kelembapan kulit yang baik.
Cara mengekalkan hidrasi kulit
Minum lebih banyak air
Kelembapan kulit juga dipengaruhi oleh jumlah air yang diminum dalam diet harian. Untuk kekal hidrat, minum sekurang-kurangnya 8 cawan air setiap hari
Gunakan sabun dan pencuci muka yang tidak mengeringkan
Sabun dan pencuci wajah yang tidak bersesuaian boleh menjadikan kulit yang kering lebih kering daripada biasa. Cari pembersih muka tanpa wangian yang mempunyai elemen hidrasi dan tidak mengandungi bahan-bahan yang mengeringkan agar kulit kekal lembap.
Gunakan pelembap muka
Mengamalkan pemakaian pelembap muka sangat membantu dalam usaha menambahkan kelembapan yang diperlukan oleh kulit yang kering.
Pakai pelindung matahari ketika berada di luar rumah
Pakai pelindung matahari SPF yang bersesuaian setiap hari bergantung pada aktiviti luaran yang akan anda lakukan. Kulit yang sering terdedah pada sinaran matahari tanpa sebarang perlindungan akan menyumbang kepada masalah kulit yang kering.
Sapukan balsem bibir secara berkala
Ahli dermatologi mengesyorkan penggunaan balsem bibir yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 30. Ini dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kejadian kanser kulit pada bibir. Penggunaan balsem bibir dengan kerap dapat membantu menyembuhkan bibir yang kering dan merekah.
Jadi, jika anda mahukan kulit cantik yang lembap, cubalah tip yang disediakan. Selamat mencuba dan beramal.