Mencuci muka memang nampak mudah. basahkan muka dengan air, sapu pembersih dan bilas. Siap! Tapi kenapa masih tumbuh jerawat kalau anda sudah lakukan dengan cara yang betul? Untuk memastikan anda membersihkan muka dengan betul, berikut adalah beberapa langkah mencuci muka patut elak.
1. Lupa Cuci Muka Sebelum Tidur
Mencuci muka pada waktu malam lebih-lebih lagi sebelum tidur adalah peraturan wajib dibuat. Kita sedia maklum, pada siang hari, minyak semulajadi dan peluh berkumpul di kulit. Kita mungkin terdedah kepada alam sekitar, yang bermaksud membawa kepada kotoran dan pencemaran. Jadi, tidak membersihkan semua kotoran pada penghujung hari boleh menyebabkan kerengsaan kulit, keradangan dan musuh utama jerawat.
2. Guna Pembersih Muka Untuk Buang Mekap
Kebanyakan jenama mekap adalah kalis air, jadi pembersih asas tidak dapat membuang mekap. Untuk itu penting untuk menggunakan make-up remover jenis wipes, micellar water atau berasaskan minyak sebelum mencuci muka.
3. Terlalu Kerap Cuci Muka
Idealnya, anda perlu mencuci muka dua kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan malam, kecuali jika berpeluh berlebihan. “Mencuci muka anda lebih daripada dua kali sehari untuk membuang kuman bukanlah tindakan yang bagus, bahkan membawa kepada kulit yang kering dan iritasi, ia juga boleh membawa kepada kulit yang secara paradoks menghasilkan terlalu banyak minyak,” jelas Dr Zeichner.
4. Cuci Muka Selepas Guna Topeng Muka
Kebanyakan topeng muka mengarahkan anda untuk mencuci muka sebelum menggunakan produk mereka. Ini adalah kerana rawatan kulit memerlukan muka dibersihkan supaya ia dapat menembusi sepenuhnya ke dalam kulit.
5. Keringkan Muka Dengan Tuala Mandi
Walaupun tubuh anda bersih selepas mandi, anda tidak mahu menyebarkan bakteria dari tubuh ke wajah (mikroorganisma yang berbeza hidup di kawasan yang berlainan badan anda). Sebaliknya, gunakan kain yang berasingan untuk mengeringkan muka.
6. Sental Muka Terlalu Lama
Target terbaik ialah kira-kira 20 atau 30 saat, lebih daripada itu hanya memudaratkan. Overscrubbing, terutamanya apabila menggunakan pembersih pengelupasan boleh menyebabkan kulit iritasi dan merah. Jerome Garden, M.D., pengarah Institut Laser dan Dermatologi Doktor di Chicago, mengesyorkan mencuci muka dengan air suam dan menggunakan hujung jari dalam gerakan bulatan bila aplikasikan cleanser. Pastikan untuk mencuci zon T (hidung dan dahi) dan U (rahang), kerana ini adalah bahagian yang cenderung diabaikan.
7. Tidak Guna Moisturizer
Pakar mencadangkan guna pelembap sebaik sahaja mencuci muka. Jika anda menunggu walaupun beberapa minit, sel-sel permukaan menjadi kering dan sebenarnya sukar untuk dilembapkan. Pelembap menyediakan ramuan penting kepada kulit anda, menjadikan kulit bersih dan terhidrat.
- Guna Suhu Air Yang Salah Bila Cuci Muka
Air panas bukanlah kawan kepada kulit anda, terutama kawasan yang sensitif. Suhu yang melampau seperti air panas boleh menyebabkan pembuluh darah dan kerosakan tisu halus. Ini bermakna kulit anda akan menjadi kering lebih cepat, gatal dan berkeringat dari semasa ke semasa. Sebaliknya, gunakan air suam untuk mencuci muka.
9. Skrub Lebih Dari Sekali Atau Dua Kali Seminggu
Anda kerap melakukan skrub? Pengelupasan boleh membantu mengeluarkan sel-sel mati yang terkumpul di permukaan kulit untuk meningkatkan kecerahan kulit. Overscrubbing boleh menyebabkan lapisan kulit luar keradangan dan kerengsaan. Secara amnya, kita tidak perlu melakukan pengelupasan lebih daripada sekali atau dua kali seminggu.