Ketahui 5 jenis eyeliner dan cara menggunakannya

Pemaikaian eyeliner sedikit tricky bagi sesetengah orang. Terutama bagi mereka yang baru belajar tentang make up. Eyeliner akan menjadi comot dan tidak sama antara mata kiri dan mata kanan jika anda tidak begitu mahir melukisnya. Ketahui jenis-jenis eyeliner supaya anda tahu yang manakah paling sesuai dengan mata anda.

 

  1. Pencil eyelinerImage result for pencil eyeliner"

Pencil eyeliner merupakan jenis eyeliner yang paling popular dan cara pemaikaiannya yang mudah. Tetapi, ia tidak tahan lama dan anda perlu ‘reapply’ beberapa kali dalam sehari. Eyeliner jenis pensel ini sangat sesuai digunakan bagi mereka yang baru belajar tentang make up. Hal ini kerana cara menggunakannya yang mudah serta tidak akan comot seperti liquid eyeliner mahupun eyeliner yang lain.

  1. Liquid eyeliner

Image result for pencil eyeliner"

Liquid eyeliner biasanya mempunyai pembungkusan yang runcing seperti pensel yang mempermudahkan pemakaiannya. Liquid eyeliner atau eyeliner cair ini warnanya lebih gelap atau pekat dan lebih tahan lama jika dibandingkan dengan pencil eyeliner. Eyeliner cair ini mempunyai cara pemaikaiannya yang lebih rumit kerana ia memerlukan sedikit masa untuk kering.

 

  1. Liquid pencil eyeliner

Image result for liquid pencil eyeliner"

Eyeliner pensel cair ini hampir sama dengan eyeliner cair tetapi ia berbentuk seperti pen. Berusnya sedikit lebih tebal dibandingkan dengan eyeliner cair dan mata akan kelihatan jauh lebih besar, tegas, dan dramatis.

 

  1. Gel eyeliner

Image result for gek eyeliner"

Eyeliner jenis ini dakwatnya diletakkan di dalam sebuah bekas seperti bekas bedak. dakwatnya pun seperti eyeliner cair hanya lebih pekat, seperti jel. Biasanya digunakan dengan menggunakan berus yang runcing.

 

  1. Cake eyeliner

Image result for cake eyeliner"

Cake eyeliner ini dibungkus seperti ‘compact powder’. Lebih sering digunakan oleh para profesional seperti make-up artist. Cara menggunakannya, berus harus dibasahi terlebih dahulu.

 

 

 

 

 

 

Similar Posts