Ketahui 7 Maskara terbaik di pasaran

Bulu mata antara elemen yang sangat penting dimata setiap wanita. Ini kerana, mempunyai bulu mata yang lentik ialah idaman bagi setiap wanita. Selain daripada menggunakan mascara, anda boleh sahaja mengenakan bulu mata palsu tetapi anda pasti pernah mengalami masalah bulu mata palsu tertanggal.

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat pelbagai jenis mascara yang mempunyai pelbagai fungsi untuk melentikkan bulu mata anda supaya nampak lebih natural. Terdapat pelbagai jenis mascara diluar yang pasti membuat anda berasa sedikit runsing untuk memilih mascara yang tepat untuk bulu mata anda.

 

Justeru itu, kami ingin membantu anda untuk memilih mascara yang tepat dengan menyediakan jenis-jenis mascara serta fungisnya.

 

  1. Maybelline The Falsies Push Up Drama Mascara Waterproof

Image result for Maybelline The Falsies Push Up Drama Mascara Waterproof

Mascara ini mampu melentikkan bulu mata dengan adanya push up cup brush. Anda hanya perlu meletakkan mascara ini di bulu mata anda dan dengan sekelip mata bulu mata anda akan kelihatan lebih panjang serta lentik. Selain itu, mascara ini ialah mascara jenis waterproof.

 

Jadi anda tidak perlu risau untuk meredah hujan atau membuat aktiviti air kerana mascara anda tidak akan luntur.

 

  1. Silkygirl Big Eye Collagen Mascara

Image result for Silkygirl Big Eye Collagen Mascara

Mascara ini jenis smudge-proof dan waterproof. Ia juga senang ditanggalkan dengan hanya menggunakan air suam. Selain itu, dengan adanya mascara ini ia mampu memanjangkan bulu mata anda sebanyak 80% dan melentikkan bulu mata sebanyak 20% berdasarkan keputusan makmal yang telah dijalankan.

 

  1. The Face Shop 2 In 1 Curling Mascara

Image result for The Face Shop 2 In 1 Curling Mascara

Mascara tahan lama yang terbaik

Inovasi mascara dua-dalam-satu ini mempunyai ketahanan selama 24 jam. Brush yang besar itu mampu memberikan kelentikkan yang sempurna untuk bulu mata anda, manakala brush yang kurus itu mampu melentikkan setiap helaian bulu mata anda kerana ia sangat lembut. Jadi sangat mudah untuk anda membentuk bulu mata anda.

 

  1. L’Oreal Paris Curl Impact Collagene Extreme Resist

Image result for L'Oreal Paris Curl Impact Collagene Extreme Resist

Mascara curved wand terbaik yang mudah digunakan

Mempunyai ketahanan mascara selama 24 jam. Inovasi brush yang unik juga menghasilkan bulu mata yang panjang dan lentik dengan sempurna. Mascara ini merupakan mascara smudgeproof yang mengandungi collagen yang membuatkan bulu mata anda tahan lama. Hanya dengan sekali pakai sahaja, bulu mata anda kelihatan sempurna walaupun anda pakai mascara ini dari pagi hingga malam.

 

  1. NYX PROFESSIONAL MAKEUP Double Stacked Mascara  

Image result for NYX PROFESSIONAL MAKEUP Double Stacked Mascara  

Mascara 3D fiber bawah mata yang terbaik

Anda akan mendapat 2 jenis tiub iaitu mascara dan fiber. Dengan hanya tiga langkah sahaja, anda akan dapat bulu mata yang anda idamkan. Mula-mula anda harus meletakkan mascara disetiap helaian bulu mata anda. Selepas itu, anda harus meletakkan fiber dan diikuti semula dengan mascara anda.

 

Anda hanya perlu mengikut tiga langkah ini sahaja untuk mendapatkan bulu mata yang sempurna.

 

  1. Canmake Clear Coat Mascara

Image result for Canmake Clear Coat Mascara

Mascara clear & natural yang terbaik untuk memanjangkan bulu mata

Produk ini tidak mempunyai warna dan menampakkan bulu mata anda panjang secara natural. Walaupun tiada warna, ia dapat memanjang dan melentikkan bulu mata anda. Bulu mata anda akan kelihatan lebih rapi jika menggunakan ini. Mascara ini sangat sesuai untuk wanita diluar sana yang suka nampak lebih simple dan natural.

 

  1. Benefit BADgal Bang Mascara

Image result for Benefit BADgal Bang Mascara

Mascara skinny untuk bulu mata pendek yang terbaik

Mascara ini memiliki brush yang sangat halus dan warnanya sangat hitam sehingga ia membuatkan anda nampak seperti memakai bulu mata palsu. Ia merupakan matte dan mampu bertahan selama 36 jam. Mata anda pasti menjadi perhatian orang ramai kerana bulu mata anda yang menonjol itu.

Similar Posts