Tahukah anda khasiat buah betik juga membantu menjaga kecantikan kulit wajah anda secara semula jadi selain daripada bermanfaat pada kesihatan tubuh badan. Anda yang mengalami masalah pigmentasi, jerawat, tompok hitam, jerawat dan sebagainya dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan buah betik.
Buah betik di gelar sebagai “The Fruit of the Angels” ini kerana buah betik ini tumbuh subur di pinggir kediaman dengan hanya semai bijinya sahaja. Jadi mudah untuk anda menanam pokok betik sahaja. Buah betik kaya dengan vitamin A, C, E, dan K. Buah betik juga mempunyai ciri-ciri anti oksida.
Antara khasiat yang ada di buah betik jika kita mengambil pemakanan buah betik ini secara konsisten ialah
- Dapat menurunkan berat badan
- Dapat mengurangkan yekanan darah tinggi
- Membantu mencegah diabetes.
Manakala khasiat buah betik dari sudut kesihatan kulit wajah pula adalah seperti mengurangkan pigmentasi dan mengawal jerawat serta pembentukan kedutan. Betik mengandungi enzim yang aktif yang membantu mengawal serta mengurangkan masalah yang berada di kulit anda.
Antara Khasiat buah betik yang memberi kesan kepada kulit ialah:
Melembapkan kulit
Kandungun air yang ada pada betik boleh menjadikan kulit anda lembap dan halus jika anda selalu memakan betik. Selain itu, boleh jadikan pes yang dicampurkan sedikit madu untuk disapukan pada wajah anda
Mencerahkan Kulit
Betik yang mengandungi vitamin C membantu melindungi sel-sel kulit daripada sinar matahari. Betik juga mengandungi ciri-ciri pemutihan semula jadi sehingga mampu menverahkan kulit wajah.
Mengurangkan jerawat dan jeragat serta membersihkan pigmentasi.
Enzim papain yang ada dalam betik membantu membersihkan pori-pori tersumbat secara tak langsung membantu mencegah jerawat dan jeragat. Enzim yang terdapat di dalam betik bertindak sebagai agen untuk membantu menbuang sel-sel kulit mati untuk menghalang liang daripada tersumbat.
Dapat menghilangkan tanda-tanda penuaan
Vitamin A dalam betik mampu menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengekalkan kulit yang lembut dan gebu. Asid alfa hidrosil yang terkandung dalam betik juga membantu melarutkan sel-sel kulit mati untuk mencegah tanda-tanda penuaan. Manakala vitamin C dan E dalam betik juga membantu kulit anda kelihatan lebih muda.
Untuk dapatkan semula kulit yang bebas pigmentasi, jerawat dan jeragat. Amalkan pemakanan buah-buahan seperti betik supaya dapat hasil yang diinginkan.