Seperti juga perkongsian dari Pengasas Kosmetik Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau dikenali dengan nama Alha Alfa yang menulis posting di laman Facebook dan Instagramnya. Bukan mudah untuk berjaya seperti hari ini. Ikuti perkongsian usahawan dan jurusolek terkenal ini.
Alhamdulillah..bagi orang lain mungkin mudah untuk bawa masuk produk ke pusat membeli belah sebab ada orang dalam atau sebab produk memang sudah dikenali seantero dunia terutama pusat membeli belah besar dan ternama. Mereka tidak mengendahkan atau sikap acuh tak acuh terhadap produk tempatan saya.
Ikuti Kisah Pengalaman Usahawan Kosmetik dan jurusolek menuju kejayaan.
Pada awalnya saya nak msukkan produk saya ke pusat membeli belah ini dengan berjumpa dengan pihak pengurusan mereka tetapi mereka tidak memberi peluang langsung untuk saya menjual produk kosmetik saya ke situ pada 2 tahun yang lalu. Namun, saya tidak putus asa, saya sediakan dokumen sebagai nukti yang saya menjual produk kosmetik alha alfa tetapi pada masa itu mereka cuma melihat sahaja dan berkata sudah banyak produk tempatan masuk ke pusat membeli belah dan membuka kedai tapi tidak bertahan lama, paling lama pun 5 bulan sahaja selepas itu tutup. Selepas mendengar kata-kata itu membuatkan saya sedih kerana mereka anggap produk jenama terkenal dari luar negara sahaja mampu bertahan membuka kedai distu.
Saya sedar diri sebab saya baru lagi dalam bidang ini. Jadi saya merayu untuk membuka kedai di dalam pusat membeli belah itu kiosk kecil pun saya terima kerana saya nak cuba nasib jual produk saya dekat dalam pusat membeli belah itu bersaing dengan produk kosmetik ternama disitu seperti MAC, NARS, DIOR dan lain-lain. Kemudian mereka berkata jangan berharap sangat jika mereka membenarkan saya sewa kiosk dengan tapak kecil sahaja masa itu dan mereka mengenakan sewa sebanyak RM15 ribu sebulan dan itu belum lagi kira peratus yang mereka akan ambil jika capai target jualan. Dengan erti kata lain kos untuk membuka kiosk kecil-kecilan itu sudah menampung kos RM20 ribu ke atas jika produk saya laku. Saya rasa sedih sangat tapi saya tak putus asa, saya harus buktikan bahawa saya boleh majukan kedai saya.
Akhirnya mereka memberikan saya pop-up booth setelah saya cuba dan cuba pujuk mereka untuk membenarkan saya berniaga di situ. Pop-up booth itu berada di tingkat dua dan kedainya agak tersorok di sebelah hujung pusat membeli belah. Satu cabaran untuk saya kerana tempat yang diberikan kurang strategik dan tidak ada siapa yang tahu ada kedai kosmetik di situ. Kedau pun tidak ada pagar dan tutup dengan kaun sahaja. Cabaran yang saya hadapi menaikkan lagi semangat saya untuk buktikan bahawa produk tempatan pun boleh setanding dengan produk luar negara. Dan alhamdulillah pembukaan kedai saya di pusat membeli belah itu sudah ramai pengunjung yang datang sehingga beratur panjang sampai keluar kedai, sehingga jiran kedai pun komplain yang pelanggan saya menghalang kedai dia.
Pembukaan yang dapat sambutan yang menggalakkan membuatkan kedai saya mencapai target jualan dan pihak pengurusan pula pelik bagaimana kedai saya boleh bertahan kerana booth yang kecil boleh membayar sewa RM20 ribu sebulan. Sejak daripada itu, mereka mula memberikan saya projek untuk membuat DEMO SOLEKAN dekat centre court di pusat membeli belah itu. Setiap kali ada majlis mereka akan tawarkan saya untuk membuat demo solekan. Pada tahun kedua, mereka memindahkan kedai mereka ke tingkat bawah tempat orang ramai. Alhamdulillah sejak kedai saya berpindah peningkatan jualan pada tahun itu semakin menaik. Kini mereka percaya dan bagi kedai tetap pada saya.
Kesimpulan dari kisah tadi, pada awal permulaan untuk memulakan perniagaan memang kita kena membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Kita tidak seharusnya berputus asa dan kena berusaha dan bangkit dari kegagalan untuk membuktikan kepada orang yang memandang rendah pada kita bahawa kita boleh berjaya seperti usahawan-usahawan yang lain.