Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, sudah pasti anda juga mengalami masalah blackhead dan whitehead terutama pada bahagian hidung. Hal ini menyebabkan wujudnya masalah liang pori tersumbat.
Cara untuk mencegah daripada hal ini berlaku. Selain daripada menggunakan produk yang berkaitan, kita juga boleh menggunakan bahan semula jadi untuk membantu anda mengatasi masalah blackhead anda.
Ais
Ais ini berfungsi untuk meningkatkan sistem pengaliran darah serta membantu kulit untuk menjadi lebih sihat. Cara penggunaannya adalah dengan balutkan ais dengan kain bersih dan sapukan ke bahagian kulit yang mempunyai masalah. Anda juga disarankan untuk letakkan di seluruh wajah anda.
Cuka epal
Cuka Epal ini membantu menegangkan kulit wajah anda. Disarankan kepada anda, campur cuka ini dengan anda dan sapukan ke kulit wajah anda sebaik sahaja anda selesai mencuci muka.
Soda bikarbonat
Sapukan soda bikarbonat yang anda sudah campurkan dengan air di wajah dan urut. Jangan gunakan soda bikarbonat terlalu banyak sekurang kurangnya gunakan 2 sudu untuk membuat campuran dengan air. Soda bikarbonat membantu membuang kotoran pada wajah dan membantu merawat masalah kulit yang berjerawat.
Jus lemon
Jus lemon ini kaya dengan vitamin c di mana jus lemon ini membantu mencerahkan kulit terutamanya pada bintik hitam dan mengecilkan liang pori. Letakkan satu sudu madu dalam jus lemon dan sapukan di muka dan dibiarkan selama 15 minit kemudian bilas. Disarankan anda ulang cara ini setiap hari untuk dapatkan kesan yang positif
Ubat gigi
Ubat gigi adalah kaedah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah bintik hitam. Cara paling mudah adalah letakkan secalit ubat gigi pada kawasan yang berbintik hitam dan biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya jika anda takut produk yang dipasarkan memberi kesan sampingan kepada kulit sensitif anda. Anda boleh gunakan bahan yang mudah di dapati dipasaraya dan amalkan untuk dapatkan kulit wajah yang sihat seperti mana yang anda inginkan.