Perbezaan-Micellar-Water-dan-Toner-yang-Perlu-Anda-Ketahui

Bila bercakap tentang produk skincare, micellar water dan juga toner seringkali buat ramai yang keliru, malah kepada mereka yang dipanggil skincare junkie.

Ini kerana keduanya hadir dalam bentuk cecair dan juga keduanya perlu menggunakan cotton pad ketika mengaplikasikannya di wajah. Patutlah keliru ya!

Jadi di sini, bagi anda yang juga tertanya-tanya apakah berbezaan sebenar antara micellar water dan juga toner, boleh baca selanjutnya ya!

Micellar water

Ia merupakan kombinasi minyak dan juga air yang membantu membersihkan mekap serta kekotoran di wajah.

Terdapat titisan minyak yang sangat kecil yang dipanggal micelles, ia bertindak menarik keluar kekotoran dan minyak pada wajah.

Namun, ia tidak mengeringkan wajah, malah ia tampil lebih bersih dan lembap.

Produk ini mampu membersihkan wajah dari segala mekap dan kotoran serta melembapkan kulit dalam masa yang sama.

Namun, fungsi utamanya ialah menanggalkan mekap yang degil sehingga setiap titik kotoran semuanya dihilangkan walaupun ia merupakan waterproof eye makeup.

Itulah ciri yang utama dan dan kelebihan yang anda boleh dapati bila menggunakan micellar water.

Toner

Sebaliknya, toner merupakan produk yang anda guna untuk membersih dan menyegarkan wajah selepas anda mencuci muka. Ia juga boleh membersihkan sisa kotoran mekap namun harus didahului dengan pembersih wajah.

Bahan yang digunakan dalam toner selalunya bersifat mesra kulit seperti glycerine, asid dan antioksidan.

Toner berfungsi mengekalkan pH kulit, mengecilkan pori, menanggalkan sel kulit mati dan juga memberikan lembapan.

Ia juga boleh membersihkan sisa kotoran yang tidak dapat dibersihkan menerusi wipes atau pun pencuci muka biasa.

Toner juga menghilangkan minyak berlebihan di wajah dan ia membantu anda mendapatkan kulit wajah yang lembut dan gebu.

Bila nak guna micellar water dan toner?

1. Gunakan micellar water sebelum produk skincare yang lain. Ia merupakan langkah pertama anda untuk rutin penjagaan wajah. Caranya, basahkan cotton pad dengan micellar water, kemudian lap ke seluruh wajah.

2. Gunakan toner selepas anda membersihkan wajah dengan pencuci muka atau micellar water. Kemudian, basahkan cotton pad dan dab keseluruh wajah anda. Ia membatu mengecilkan liang pori dan mengekalkan lembapan yang hilang selepas mencuci wajah.

Penggunaan toner yang bagus juga membantu anda mendapatkan kulit yang glowing dan sihat. Ikuti dengan memakai pelembap wajah selepas itu.

Jadi, sekarang anda boleh bezakan keduanya ya. Yang pasti, kedua produk ini penting dan anda bolehlah masukkan ke dalam rutin kecantikan anda.

Similar Posts