perlukah-makeup-remover-dipakai-setiap-hari-penting-penjagaan-wanita

Ramai beranggapan make-up remover hanya digunakan oleh mereka yang memakai alat solek sahaja.

Tanggapan itu SALAH!

Make-up remover sangat-sangat digalakkan walaupun anda tidak memakai mekap. Kalau memakai mekap lagi lah menjadi teramat penting untuk anda miliki dan gunakan.

APA ITU MAKE UP REMOVER ATAU MICELLAR WATER?

Produk perawatan wajah yang dipakai untuk membersihkan makeup pada wajah. Makeup remover hadir dalam beberapa bentuk seperti minyak, gel, krim dan tissue. Tersedia juga Makeup Remover khusus untuk mata dan bibir.

KENAPA make-up remover PENTING?

Kulit muka kita terdedah kepada pelbagai kotoran. Kotoran daripada udara, sentuhan dan juga sisa daripada produk kosmetik yang digunakan.

Sekadar mencuci sahaja tidak mencukupi. Mencuci tidak dapat menanggalkan kotoran yang melekat pada liang pori-pori kulit muka. Jika tidak dibersihkan dengan betul mulalah kotoran akan terkumpul di dalam liang pori-pori dan menyebabkannya tersumpat. Apabila tersumbat timbullah masalah JERAWAT!

Itu sebabnya make-up remover sangat penting untuk dijadikan sebagai salah satu produk penjagaan muka yang MESTI anda miliki .

KEBAIKAN Make-up Remover

✔️ Menyingkirkan sisa kosmetik/alat solek yang telah digunakan

✔️ Membersihkan kotoran/habuk yang melekat pada permukaan kulit muka

✔️ Membersihkan pori-pori dengan lebih efficient agar tidak tersumbat

✔️ Mengurangkan risiko pembentukan jerawat, blackhead atau whitehead

✔️ Menyingkirkan sel-sel kulit mati. Ini secara tidak langsung merangsang proses pembentukan sel-sel baru

✔️ Membantu kulit untuk bernafas dengan lebih baik kerana pori-pori tidak tersumbat.

WAKTU yang SESUAI menggunakan make-up remover

Sebelum tidur

Untuk menanggalkan segala kotoran yang melekat atau sisa alat kosmetik yang digunakan pada waktu siang.

Gunakan make-up remover sebelum mencuci muka.

Selepas bangun tidur

Untuk menanggalkan minyak (sebum) dan peluh yang keluar pada permukaan kulit semasa tidur malam.

Gunakan make-up remover sebelum mencuci muka.

*Kulit kita aktif melakukan aktiviti pernafasan pada waktu malam.

Bagaimana Memilih Makeup Removal Yang Sesuai Dengan Kulit?

Seperti yang kita sedia maklum, pelbagai jenis makeup removal yang ada di pasaran. Namun begitu, jenis yang mana sesuai untuk kulit kita? Pasti anda pening untuk memilih sama ada yang berbentuk gel, minyak, wipe, krim dan lain lain lagi.

Di Jepun, ramai menggunakan makeup removal jenis wipes kerana ia mudah diunakan dan dibawa ke mana-mana. Namun begitu baru sya tahu bahawa makeup removal jenis wipes tidaklah begitu bagus untuk kulit. Hal ini kerana dengan menggunakan makeup removal jenis wipes, kemungkinan bahan solekan masih tertinggal kerana ia tidak dicuci dengan air. Selain itu, teksture wipes juga lebih kasar berbanding air, ia mampu merengsa kulit terutamanya kepada mereka yang memiliki kulit wajah yang sensetif.

Oleh itu, Apa jenis pun yang anda pilih, carilah makeup remover yang bagus dan pastikan ia sesuai dengan kulit masing-masing.

Similar Posts