Perubahan-Aktiviti-Perniagaan-Ke-Arah-Keusahawanan-Digital

Kemunculan keusahawanan digital adalah hasil daripada perubahan dalam dunia keusahawanan apabila berlakunya transformasi ke atas perniaagaan dan masyarakat melalui teknologi digital. Transformasi digital yang berlaku ini telah menyerlahkan perubahan terhadap amalan, teori dan pendidikan keusahawanan di samping menyemarakkan lagi penyertaan masyarakat dalam dunia keusahawanan secara digital.

Apa itu keusahawanan Digital

Keusahawanan digital telah meningkatkan pemahaman anda dalam bidang keusahawan moden dari segi teori teknikal dan praktikal. Dari segi teori keusahawanan secara dalam talian seperti mengenal pasti idea dan peluang perniagaan baru yang boleh diwujudkan secara digital, pembanguanan idea perniagaan digital, kaedah mengekspoitasi peluang perniagaan, kaedah memulakan perniagaan digital dan sebagainya.

Dari segi praktikal, keusahawanan digital membuka peluang kepada individu yang berhasrat untuk menjadi usahawan dengan mempelajari kemahiran asas mengenai keusahawanan digital. Kemahiran asas keusahawanan digital merangkumi kaedah mencari pelanggan secara dalam talian, menciota idea perniagaan baharu serta memperbaiki perniagaan yang berasaskan data dan sebagainya.

Persediaan menjadi usahawan digital

Bagi memulakan perniagaan digital, anda hanya perlukan telefon pintar dan juga kemudahan capaian internet. Di samping itu, bagi memastikan kejayaan dan kelangsungan perniagaan, anda perlu mengenal pasti dan memilih idea perniagaan yang memiliki 3 ciri berikut iaitu:

  • Jenis perniagaan yang anda berminat menjalankannya
  • Jenis perniagaan yang anda tahu dan mampu melaksanakannya
  • Jenis perniagaan yang ada permintaan di pasaran.

Anda juga digalakkan untuk mencari maklumat dan memahami serba sedikit mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang anda ingin menjalankan seperti pasaran, pelanggan, persaingan dan sebagainya.

Jika anda masih tidak mempunyai idea tentang apakah yang perlu anda boleh pasarkan secara online.

Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut tentang pelaburan emas.

Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut tentang produk kesihatan

Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut penjualan topup dan utiliti secara online

Similar Posts