Sudah semestinya sebelum anda keluar dari rumah, anda sudah pun bersolek akan tetapi anda juga perlu membawa barangan kosmetik ini boleh juga digelar sebagai makeup kit jika anda berada di luar terlalu lama. Bagi yang muslim anda perlu menunaikan solat dan makeup perlu dibersihkan dan sekurang-kurangnya anda perlu bersolek semula secara ringkas. Ataupun jika anda perlu lakukan aktiviti luar yang melibatkan air dan sebagainya.
Apa yang perlu ada di dalam makeup kit anda.
Moisturizer dan toner
Misturizer diperlukan sebagai prep muka sebelum anda mula bersolek
BB Cream
BB Cream adalah bedak asas sebelum memulakan solekan.
Foundation
Berfungsi sebagai lapisan pertama solekan yang menutupi segala parut yang ada di kulit wajah anda. Perlu diingatkan anda harus pilih foundation bersesuaian dengan kulit wajah anda.
Pembayang mata (Eye shadow)
Pembayang mata adalah untuk menaikkan seri di bahagian mata.
Lipstick
Lipstick membantu wajah anda tidak kelihatan pucat dan kelihatan segar dan lebih menawan.
Cleansing micellar water
Cleansing water adalah produk untuk membuang segala solekan dan kotoran di kulit wajah anda. Ianya membantu menghidrasi kulit wajah anda.
Semoga segala perkongsian ini bermanfaat bagi anda.



