Apakah Kepentingan Base Makeup
Base Makeup adalah asas yang paling penting dalam solekan dan perkara pertama yang anda harus buat selepas anda prep muka. Nama lain base makeup adalah makeup primer
Jenis-jenis base makeup
Clear makeup primer: tiada warna dan bau. Selalunya makeup primer ini boleh didapati di dalam botol yang boleh dipam. Sangat sesuai untuk diaplikasikan pada solekan lelaki kerana foundationnya jenis yang tidak berwarna
Jenis berwarna: Berfungsi untuk solekan kekal lama dan sesuai digunakan bagi mereka yang mahu meratakan tona kulit yang tidak sekata dan nampak lebih berseri.
Jenis tinted: Berfungsi untuk menutup cacat cela yang ada di kulit wajah seperti tompok hitam, pori-pori dan jerawat. Boleh menjadikan kulit anda flawless dan tahan lama solekannya.
Keistimewaan base makeup
- Menjadikan kulit muka anda cantik tanpa ada kedutan, kesan jerawat atau sebagainya serta menjadikan tona kulit anda sekata.
- Dengan teknik yang betul, solekan base makeup anda membantu anda tahan lenih lama.
- Tidak bercapuk selepas memakai bedan dan foundation.
Pentingnya base makeup ini adalah untuk menghasilkan solekan anda menjadi cantik dan tidak bercapuk. Pastikan teknik semasa mengaplikasikan base makeup ini betul untuk hasil yang wow.