Rahsia-Teh-Hijau-Untuk-Kecantikan-Kulit-Wajah-Ketahui-Manfaatnya.

TEH HIJAU ?

Kita mulakan pendahuluan tentang dimana ia bermula. Pada abad ke-7, para rahib Jepun yang melawat China untuk mengkaji Zen Buddhisme pulang ke rumah dengan penemuan baru mereka mengenai sifat penyembuhannya. Pada abad-abad berikutnya, ia menjadi bahan makanan untuk para rahib/sami Jepun, kerana teh hijau membekalkan mereka tenaga dan tumpuan mental yang meningkatkan meditasi mereka. Faedah kesihatan teh tersebut juga termasuk detoksifikasi, dan keupayaan untuk mengurangkan tekanan darah dan kolesterol.

Dari segi nama saintifiknya, teh hijau datang dari daun pokok teh dikenali sebagaicamellia sinensis. Ia kebanyakannya boleh ditanam di negara China. Terdapat beberapa jenis teh hijau yang diusahakan berdasarkan lepelbagaiannya dengan cara ia ditanam, kaedah horticultural, proses penyediaan dan masa ia dituai.

Hari ini, teh hijau Jepun – juga dikenali sebagai matcha – telah membangunkan reputasi bagus kerana sifat tahap antioksidan-nya yang tinggi. Tetapi bukan itu sahaja. Kebaikan kesihatan teh hijau dapat dinikmati oleh kedua-duanya dari meminumnya serta digunakan pada kulit. Ianya adalah bahan semulajadi “on-trend” kerana Teh hijau sangat popular dikalangan masyarakat Milennial sekarang.

Pasti anda pernah dengar bahwa teh hijau memiliki manfaat untuk wajah berjerawat. Dan sebahagian orang menggunakan teh hijau sebagai scrub untuk muka, atau bahkan menjadikan teh hijau sebagai mask / topeng muka? Adakah hal tersebut adalah benar? Apakah sebenarnya manfaat dan kebaikan teh hijau untuk penjagaan kulit dan wajah?

Apakah kelebihan teh hijau kepada peminumnya?

1) Boleh melawan pertumbuhan jerawat

Teh hijau mengandungi bahan anti-oksidan dan anti-radang. Anti-oksidan boleh menghalang atau memperlahankan radikal bebas daripada merosakkan sel kulit. Anti-radang pula mengurangkan keradangan kulit seperti gatal, merah-merah dan juga jerawat.

2) Boleh mengawal minyak pada kulit

Wanita sememangnya sering dikaitkan dengan hormon. Malah masalah jerawat juga boleh terjadi akibat tidak keseimbangan hormon. Ketidakseimbangan hormon androgen pada wanita boleh mengakibatkan jerawat yang luar biasa pada dagu dan sekitar rahang. Teh hijau dikatakan mampu mengawal androgen dan mengurangkan penghasilan minyak kerana ia mempunyai bahan anti-andorgen semula jadi.

3) Boleh memperlahankan kulit wajah menjadi matang atau anti-penuaan

Terdapat beberapa kajian yang mengatakan bahawa teh hijau boleh meningkatkan keanjalan kulit wajah seterusnya mengurangkan penuaan kulit wajah. Ia juga memberi kelembapan kepada kulit dan meneutralkan radikal bebas daripada cahaya matahari.

Walaubagaimanapun, teh hijau mengandungi kafein yang menyebabkan ia tidak boleh diminum secara berlebihan tetapi jika ia adalah bahan yang digunakan di dalam produk wajah, maka penggunaan berterusan tidak menjadi masalah.

Semoga tip penjagaan kulit menggunakan teh hijau ini boleh membawa manfaat bagi ramai wanita di Malaysia.

Similar Posts