Solekan mata Smokey Eye ini menjadi kegemaran wanita yang sukakan solekan. Teknik solekan ini harus dipakai dengan betul jika tidak ianya akan mencacatkan solekan anda.
Ini admin kongsikan bagaimana untuk mendapatkan solekan smokey eye yang sempurna.
Smokey eye biasanya digunakan warna hitam tetapi anda boleh variasikan solekan mata anda dengan menggantikan warna lain selain daripada warna hitam seperti:
1. Kelabu
2. Biru gelap
3. Coklat
4. Plum
5. Hijau gelap
Warna-warna gelap yang lain juga boleh menjadi pilihan anda yang bersesuaian dengan tema dan pakaian anda.
Tips bagaimana untuk memakaikan solekan Smokey Eye
Primer
Primer merupakan produk penting yang perlu diaplikasikan semasa membuat solekan smokey eye kerana ianya mengemaskan solekan di sekeliling maya anda.
Concealer
Concealer membantu untuk menutup gelap di bawah mata. Tiada concealer solekan mata anda menjadi tidak cantik dan nampak suram.
Bedak.
Gunakan berus fluffy untuk diletakkan dibawah mata anda selepas memakai concealer. Pastikan bedak yang anda pakai bersesuaian dengan kulit muka anda.
Eyeshadow gelap
Pilih warna yang anda mahukan, gunakan warna eyeshadow tersebut pilih shade yang paling gelap. Sapukan diantara garisan bulu mata dan kelopak mata. Kemudian gunakan berus bersudut untuk baiki eyeshadow sepanjang garisan bulu mata anda. Jangan biarkan ada kawasan kulit anda yang tak terkena eyeshadow!
Comotkan
Smokey eye tidak sepatutnya ada lukis garisan yang ketara. Sebaliknya, anda perlukan blend atau lembutkan bahagian tepinya. Gunakan cotton bud atau smudger brush, perlahan-lahan sapukan eyeshadow ke lipatan kelopak mata. Gunakan warna eyeshadow yang sama di garisan bulu mata bawah juga.
Serlahkan mata
Bila eyeshadow sudah dipakai, tajamkan lagi mata anda dengan eyeliner hitam yang berkrim dan kalis air. Sapukannya di garisan bulu mata bawah dan atas. Pastikan tak ada kulit yang tak disapu dengan produk mata! Untuk kesan yang lebih menarik, sapukan eyeliner di garisan dalam bulu mata bawah anda.
Lentik bulu mata
Untuk mantapkan lagi warna gelap eyeshadow anda, anda mesti lengkapkan rupa Smokey Eye anda dengan bulu mata lentik. Gunakan eyelash curler dan tekankannya di bahagian alis bulu mata selama 3 saat. Ulang hingga anda sampai ke hujung bulu mata anda.
Pakai maskara
Bila sudah lentik, sapukan dengan maskara. Pakaikan sampai bulu mata anda nampak tebal.
Anda boleh mencuba mahirkan teknik solekan smokey eye ini untuk nampak lebih sempurna pada masa akan datang. Practice Make Perfect



