Tips-Bagaimana-Untuk-Bersolek-Dengan-Solekan-Yang-Ringkas-Tetapi-Tetap-Cantik-Di-Hari-Raya

Dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, golongan wanita pasti ingin kelihatan cantik dan berseri-seri di pagi raya.

Ini adalah bagaimana cara anda membuat penampilan yang menarik dengan solekan ringkas apabila bergambar.

Prep Muka sebelum mengenakan solekan.

Prep muka adalah perkara asas yang anda perlukan sebelum anda mengenakan sebarang solekan. Gunakan toner, serum, pelembap dan sun block sebelum memulakan bersolek. Dapatkan prep solekan yang bersesuaian dengan kulit muka anda.

Tidak perlu solekan asas yang tebal.

Gantikan foundation dengan cc cushion foundation. Ianya lebih ringan dan senang untuk pakai. Juga mampu menutupi parut serta bintik hitam di wajah anda. Kelebihan anda memakai cc cushion foundation ini adalah akan menaikkan seri wajah anda dan kelihatan sihat.

Gunakan maskara berbanding bulu mata palsu.

Jimat masa dan anda akan nampak lebih natural.

Kening di sisir kemas

Jika anda mahir dalam membentuk kening dengan menggunakan pensil lukis kening. Disarankan kepada anda untuk lukis kening. Jika tidak mahir boleh sisirkan kening anda dengan kemas. Elakkan menggunakan kod warna yang teralu gelao. Sebaiknya anda boleh pilih warna coklat untuk melukis kening.

Pemerah pipi

Anda boleh menggunakan pemerah pipi untuk menambah seri di muka anda,

Warna Lipstik tidak terlalu pucat atau nude

Anda disarankan untuk memakai warna pink lembut, jingga lembut atau peach yang mampu menaikan seri solekan anda yang ringkas.

Kesimpulan

Anda boleh ikuti tips bagaimana cara untuk bersolek dengan solekan yang ringkas tetapi tetap menampakkan seri kecantikan anda. Mudah dan jimat masa anda. Selamat mencuba.

Similar Posts