Anda mempunyai jerawat raksasa yang anda ingin sembunyikan? Anda boleh membantu noda anda untuk sebati sebanyak mungkin ke dalam kulit anda, tanpa kelihatan seperti anda mempunyai solekkan yang banyak. Jangan risau; tidak mengapa untuk memakai solekkan apabila anda mempunyai jerawat. Walaupun anda bukan seorang jurusolek yang cemerlang, anda boleh menggunakan helah solekkan mudah ini untuk membantu meminimumkan rupa jerawat semasa anda menunggu ia sembuh.
Langkah 1: Mulakan dengan membersihkan wajah.
Bersihkan muka anda dengan teliti untuk menghilangkan minyak berlebihan, dan sapukan losyen pelembap yang ringan. Pelembapan membantu mengurangkan wajah kelihatan kekeringan atau pengelupasan yang kadangkala berlaku dengan rawatan jerawat.
Langkah 2: Gunakan solekkan asas anda.
Jika mahu, gunakan solekkan yang berasaskan cecair atau krim-ke-serbuk anda sekarang. Pakai solekkan asas anda menggunakan sapuan ringan untuk mengelakkan jerawat yang mengjengkelkan dan menjadikannya kelihatan lebih merah dan meradang. Lemah lembut adalah kata kunci di sini!
Langkah 3: Sapukan concealer hijau pana mana-mana jerawat yang merah.
Berikut merupakan teori warna 101: Bertentangan dengan merah pada roda warna ialah hijau, yang bermaksud merah dan hijau membatalkan satu sama lain. Itulah gunanya semua concealer hijau yang dianggap pelik itu. Sapukan concealer hijau (terdapat di mana-mana kedai alat solek) pada jerawat untuk mengurangkan warna merah. Jangan gosok; sebaliknya, tepuk perlahan-lahan dengan jari anda atau span solekkan yang bersih untuk sekatakannya. Warna hijau hendaklah dicampur sebati agar tidak kelihatan pelik.
Langkah 4: Sapukan Concealer dalam tona kulit anda.
Titikkan concealer pada mana-mana Kawasan yang anda inginkan sedikit perlindungan tambahan. Concealer jenis dalam bekas dan tiub memberikan perlindungan yang lebih baik daripada concealer jenis stik. Tepuk perlahan untuk sebati. Cuba dapatkan concealer yang padan dengan warna kulit anda. Terlalu gelap atau terlalu terang akan membuatkan jerawat kelihatan lebih jelas. Jika concealer terasa agak berat di wajah anda, anda sentiasa boleh melangkau langkah ini.
Langkah 5: Sapukan seluruh wajah anda dengan bedak
Bedak lutsinar atau ‘loose’ menetapkan concealer dan memberikan kulit penampilan matte tanpa menambah warna tambahan pada muka. Ia juga membantu menyerap minyak sepanjang hari. Solekan mineral boleh digunakan sebagai ganti bedak lutsinar jika anda lebih suka.
Petua; untuk lebih daya tahan dan perlindungan yang lebih baik, biarkan concealer ditetapkan selama lima hingga 10 saat selepas digunakan dan sebelum diratakan. Pastikan untuk menanggalkan semua solekkan yang anda gunakan sebelum tidur untuk malam itu. Jangan setakat nak menutup cela. Mulakan dengan rawatan jerawat untuk membantu menyembuhkan ia juga. Jika rawatan di rumah tidak berkesan, berjumpa pakar dermatologi untuk mendapatkan bantuan.