Tips-dalam-Pemilihan-Foundation-yang-Betul-dan-Sesuai-Dengan-Kulit-Wajah

Pemilihan Foundation yang tepat dan bersesuaian dengan kulit wajah adalah penting untuk memastikan solekan anda sentiasa nampak cantik dan tahan lama sepanjang hari. Setiap orang memiliki jenis kulit dan warna dasar kulit yang berbeza-beza serta mempunyai masalah kulit pada seseorang seperti kulit kering, berminyak ataupun kulit kombinasi.

Tips Pemilihan Foundation

Kenali jenis kulit

Setiap orang memiliki masalah kulit yang tersendiri seperti:

  1. Kering
  2. Berminyak
  3. Normal
  4. Kombinasi

Pemilihan foundation haruslah mengikut jenis kulit anda kerana foundation yang dipasarkan mempunyai pelbagai jenis mengikut permasalahan jenis kulit anda.

Pilih Tekstur Foundation

Jenis-Jenis tekstur foundation

Foundation Padat: Sesuai untuk kulit berminyak
Foundation Cair: Sesuai untuk kulit kering keranaianya memberi kesan melembapkan kulit. Juga sesuai untuk kulit normal.
Foundation gel: Sesuai untuk kulit kering dan normal. Juga foundation ini sesuai digunakan untuk kulit berjerawat
Foundation Cream: Lebih kurang sama seperti foundation padat tetapi lebih creamy dan lembut. Sesuai untuk semua jenis kulit. Biasanya digubakan oleh orang yang mengalami tanda penuaan.
Foundation Powder: Sesuai untuk kulit berminyak.

Kenali warna dasar kulit

Kenali-jenis-warna-kulit-anda

Ketahui warna dasar kulit anda kerana ianya akan mempengaruhi warna foundation yang paling sesuai untuk anda.

Pilih warna yang hampir sama

Jangan pilih foundation yang warnanya lebih gelap atau cerah dari warna asal kulit anda. Pilih warna yang seakan-akan dan hampir sama dengan warna asal kulit anda.

Pastikan foundation belum tamat tarikh luput

Jangan sesekali lupa dengan tarikh luput barangan mekap yang dibeli termasuk foundation. Untuk mengetahui tarikh luputnya boleh belek label pada botol foundation. Jika menyebut 12M bermakna boleh digunakan untuk 12 bulan sahaja dan kalau 24M maknanya untuk tempoh 2 tahun. Jika sudah luput jangan pakai bimbang ada masalah kulit wajah pula nanti.

Similar Posts