Foundation merupakan salah satu produk makeup yang penting. Namun, jika digunakan secara salah, ia akan kelihatan pecah-pecah ataupun ‘crack’ pada wajah. Ini kerana cara penggunaan ataupun pilihan warna foundation yang salah. Namun jangan risau, anda boleh menyelesaikan masalh tersebut dengan 5 cara iaitu:
1.Pastikan foundation ada sesuai dengan rona kulit.
Sebelum membeli foundation, pastikan warnanya sesuai dengan rona kulit anda. Pastikan code foundation yang anda pilih tidak terlalu gelap, namun juga tak terlampau cerah dengan kulit muka anda.
2.Pastikan anda memakai pelembab dan primer.
Sapukan pelembap anda sebelum meletakkan apa-apa produk makeup. Seterusnya, diikuti dengan primer. Primer kebiasaannya berbentuk krim atau gel yang berfungsi untuk memudarkan garis-garis halus pada wajah sekaligus boleh menyamarkan pori-pori agar kulit Anda pun tampak lebih halus dan licin.
3.Pilih tekstur foundation yang sesuai untuk kulit muka anda.
Untuk keseluruhan wajah, utamakan foundation berbentuk cecair bagi menambahkan kelembapan pada kulit anda. Tekstur foundation yang seperti ini akan menghasilkan tampilan wajah yang kelihatan lebih ‘glowing’.
Tetapi, jika anda mahu memudarkan bahagian hiperpigmentasi ataupun bekas jerawat, pemakaian foundation berbentuk stick atau krim sangat disarankan kerana formulanya yang lebih efektif.
4.Gunakan span atau beauty blender.
Dap foundation anda dengan menggunakan span atau beauty blender. Hindarkan pemakaian mana-mana produk makeup dengan cara menggosoknya pada muka supaya ia tidak menggumpal atau memperjelaskan kedutan.
5. Pakailah foundation pada bagian leher juga untuk menghindari kesan selaran matahari atau sunburn. Sila pastikan agar anda memakainya dengan betul-betul rata, terutama di bagian sekitar rahang.
Kesimpulannya, foundation merupakan salah satu produk makeup yang penting untuk bagi setiap pemakainya. Namun, jika diaplikasikan secara salah, produk ini dapat terlihat pecah-pecah di wajah.